Cinta Islamik : Menggapai redhaNya

Tuesday, June 21, 2011
Bismillahirrahmanirrahim

memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi..salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.



Salam alayk semua


Wahh..dengar mcm nk dapat tips berkapel secara islamik je..

Rase cmtu..?
salah tempat..
Xrase bgitu?
Alhamdulillah..anda xsalah belek blog ni insyaAllah..





Aku chenta kamu kerana Allah?

Brothers and sisters..
Sebenarnya bukan tips berkapel..bukan ulasan cinta dengan ajnabi hatta bukan cara cara berkapel secara Islamik yg mahu sye kongsikan dsni..

Kerana

Sesungguhnya tiada istilah kapel dalam agama Islam yg indah ni..tiada bercinta sebelum berkahwin..bunyi mcm CLICHE kan..?selalu dgr ayat cenggini kan..?
Rase mahu tutop telinga dengan bantal spongebob bila ad org ckp cmni 
cume xpe,,sye benarkan tutop telinga..cume mata jgn tutop..truskan membaca..

Tp sbenarnya..
Itulah kenyataan yg mmg manusia tidak mahu menerima..

pernah mendengar seseorg berkata :-
 “ala..saye yakin boleh jaga semua tu”

Wahh handal..saya tabik
Yakin boleh jage zina hati?zina mata?zina anggota?zina telinga?sekali bertahan adalah logik bg menepis zina2 ni.. tp tahu tak..kamu TIDAK AKAN SEKALI SHJ diuji dgn segala jenis zina ni..syaitan bkn 2-3 hari duk di dunia ni..lme dah..syaitan zaman firaun pon xmati lg..
Jadi..masih yakin boleh bertahan dgn semua taktik syaitan tuh..?


Pokok pangkalnya kita bukan tak tahu
BUAT2 TAK TAHU SAHAJA..btol x..?
Ignorism..tidak pedulisme mgkin..

Jadi..sudah tiba masenye mencari cinta hakiki..
demi Allah..lebih nikmat dan bahagia rasanya..
trust me..sye juga pernah merasa..
Ada banyak cinta lain yg lebih indah dari cinta kepada ajnabi sebelum ikatan sah..kan..?
sye bukan membenci mereka yg kapel..tidak.langsung tdk.
sbb kbykn kwn2 sye dsni sudah berpunya..
tp kerana syg..kerana kasih..sye beri peringatan dsni..
bkn utk mereka..utk sye juga..
siapa dapat jamin sye tk wat mcm tu nnt kn?tu lah sbb sye prluu ingtkn juge..
naudzubillah..mintak jauh..

jadi..

Kita jgn hanya turutkan jiwa remaja..
Hey..           
Sudah tiba masa kita serious dgn kehidupan..
Mematangkan fikiran..memaknakan kehidupan..
Jgn lalai..
Blum tentu esk terjamin ada untuk kita..




Ada apa dngan cinta?

Mcm biasa..muqaddimah yg sangat panjang..dan tk relevan dgn tajuk yg btol2 nk bagi..
Tp xapalah..sedikit peringatan utk berkongsi bersama..;)

Ok..
Mode : merelevankan tajuk

Bila sebut pasal cinta..
Cinta ni bnyk kan jenis..
Kat mak..kat ayah..kt adek..kat kucin..pokok..rumah..beg tgn carlo rino..kasut sembonia..
Opp..
Tp pengalaman bertanya kt kwn2..
Rata2 menjurus kepada cinta kepada sang jejaka maskulin dan wanita jelita..
Pantang kalu dgr..

“rse nk beri pngisian tajuk cinta la hari ni”sye berkata

“wah bestnye..eh so ko ulas sket psl muvie ayat2 cinta,ketika cinta bertasbih”mereka berkata

~sigh~~(PANTANG!)

“korg ni..direct n laju je ke situ..CINTAILAH sungai kita pon masih relevan dgn tajok cinta la..n byk lg kn sub2 bwh cinta..”

Tp xpe saje..sye mngerti..kalu brsama kwn2 kt sni..digelarnye “jiwa remaja” gtu..
Mende2 fitrah n hati ni mudah dekat dgn org muda..
Fhm..krana pernah juga berada dalam biah sedemikian rupa..
Hinggalah tahap sye mngenal erti tarbiyah..erti hijrah..erti perjuangan
tahu merasa hamba dan humble..barulah..
Rasa kerdil diri ni
Rasa hina diri ni
Bertatih mengenal erti cinta yang sebenar

Dikuantan..
inilah permulaan Allah beri hidayah kpdku..Allah kurniakan sesuatu yg tidak dpt “dishopping” di mana2..infinity xterkira nilainya disisi mereka..
Itulah..

Sahabat.


“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).





Ukhwah fillah : Kerana Allah



Kalimah sahabat ni bukan baru kenal..
Sekolah muda2 dulu dah penah nampak kalimah ni..
Cuma lambat jumpa versi jasadnye..
Dan bila Allah pertemukan ak dngan sahabat..barulah aku benar2 mengerti maksudnya..




“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (Al-Hujurat: 10)


Ayatul ukhwah.
Cantik Allah ungkapkan.
Kerana begitu lama aku hidup..baru merasa kemanisan ukhwah..
Baru mendapat cinta yg satu ini..
Iaitu..

Ukhwah yg terbina atas kalimah “lillahitaala”..yang hanya akan berakhir dengan kalimah “innalillahiwainnailaihirajiu’n”



‘Kerana cinta kita sama..
Perjuangan kita tiada beda..
Bersatu dan berpadu kerana cinta kpd Allah..
Kerana kasih kpd Rasulullah..
Jua kerana ingin tsabat terhadap perjuangan ini..
Maka itu kamulah kekuatanku utk berhijrah..
Hijrah itu susah..
Allah izinkan..
Kamu mudahkan..’


Tidak kuat keseorangan

Sungguh..
Apalah hidup tanpa teman.kawan.sahabat.
Allah ciptakan kita cantik.indah.
Sudah naluri kita ingin berteman..
Tidak bermakna keseorangan menandakan lemah.
Tp berdua itu menambah kekuatan..
begitulah sifirnya bila bertiga,berempat dan selanjutnya.

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya dalam keadaan mereka tersusun seumpama sebuah bangunan yang kukuh.”[Surah As-Saf : 4]


Terus terang ak katakan..ak tdk kuat keseorangan tanpa sahabat disisi..
Begitu fitrahnya..
Geng,klik,kroni..sumenye ak ade..
Cume berbeza rasa..juga jenama..
Tp kawan bagaimana yg kita dambakan.?

Ak terjumpa satu artikel ni..
Tertarik akan 1 bhgn pngisiannya..
Menerangkan ciri2 sahabat yg baik..

·         Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
·         Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
·         Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
·         Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
·         Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
·         Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
·         Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
·         Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
·         Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
·         Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
·         Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
·         Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
·         Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
·         Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
·         Jika ditegur,dia berlapang dada menerimanya.

Indah bukan ?kalau kita ada sahabat yg begini..
Mahu..?

Teringat kata shbat 
“harus lebih menjadi dari mencari”


Kalu mahu sahabat sebegini..
Kita dahulu perlu menjadi seperti ini..
MENJADI.

"Tidaklah sempurna iman seseorang sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri. ( al-Bukhari 13. Muslim 45)

Kebahagiaan hakiki: menggapai redhaNya bersama2

Kawan dan sahabat.
Jenama : sama
intipati : Berbeza.

Kawan dtg dan pergi..tawanya bersama..duka belum tentu..
Wahh mcm kecewa plak bunyinya..
Tp ini hakikat..

Pengalaman mengajar..mempunyai kawan yg lebih 10 tahun bersama..lebih dari 5 tahun kelas bersama..keluar bersama..duduk dlm kelas bersama..tp sekarang..hilang ikatan sebegitu sahaja wlpn berpisah setahun cuma..

Sakit?yer.
Walakin..

Ad ibrahnya..
pabila diri mrse sedemikian..
dibandingkan dgn apa yg Allah beri..
rasa ini lebih baik..

Kerana aku mmpunyai sahabat..belumpun hampir 2 tahun mngenali mereka..Wlpn kini sudahpun meneruskan haluan masing2..
tp keterikatan..kebersamaan antara kami masih utuh..
alhamdulillah..

Ini nikmat yg Allah beri..
namanye..
“ukhwah Islamiyyah”
Bersatu dan berpisah keranaNya..
Ilal Mardhatillah


Dan
menyebarkan wangian Islam ke jalan yg dilalui..
memaknakan diri kerana cintaNya..

ternyata..
cinta ini lebih bahagia..
ikatan dan simpulan tdkkan putus insyaAllah

walaupun kini berpisah..
namun..

“we are connected thru dua’ n prayers”


Itulah maknanya..

Dan bezanya..
Kawan biasa
dan
Sahabat sejati.


Kini..
Cinta kpd Allah..bukan lg sekadar ungkapan


Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah

Kalimah sahabat..
Bukan hanya dibibir..datang dari hati yang merafa’kan ilahi..
Benteng keutuhan menahan keruntuhan..
Dari sgenap kejahilan dan kemungkaran..
Sahabat bkn boleh di beli dimana2..
Kita kene mencarinya..
bersahabatlah kerana Allah..

.
Kerana itu Allah akan pelihara ukhwah kamu..




‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’





Jadi bersyukurlah kalau kamu mempunyai sahabat..
Hargailah..kerana nilai mereka tinggi..
Ditambah dengan perisa ukhwah Islamiyyah yg diberkati..

Anda belum ada..?
carilah..dan jadilah teman,sahabat yg baik..
bersamalah gapai redhaNya..
kerana mereka juga saham kamu di akhirat sana..
dan bila ada..
cintailah mereka!
Kerana Allah..



Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”



Renungkan :


 Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri..
Dalam masa kejayaan, teman2 mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman2 kita.”

Nota untuk sahabat :-
 demi Allah rindu kalian..
post ni mmg utk kalian..
sahabat2..
if i go astray..plz guide me to the right path..

“Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika hilang agama padamu, maka hilanglah cintaku terhadapmu.”


Salam kerinduan yg tidak tertanggung~~



Waah..sila jgn muntah esp kpd angah qaseh mawaddah!


.


Wassalam.





6 comments:

Post a Comment