Bismillahirrahmanirrahim
memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi..salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.
Salam alayk semua..
sahabat2..brothers..sisters..dan diri ini terutamanya..
Sye kire artikel ini sgt berguna untuk dikongsi..
Mohon 2-3 minit untuk berfikir dan menginsafi kelemahan diri...
Untuk muhasab diri kita semua yg tidak lari dari alpa nafsi..
~MUHASABAHLAH WAHAI SANG PEJUANG~
Ditujukan kepada : para pejuang kalimah Allah di buana ini dan kepada Hamba-hamba Allah yg dirahmati sekalian
Daripada : sama seperti di atas..
Bagaimana mahu menjadi pendakwah???
Jika kelas ponteng selalu,
Melemahkan semangat guru.
Bila ditanya soalan serba tak tahu,
Tapi malas membaca buku,
Lagak sudah berilmu,
Bagai tok guru.
Bila diminta beri tazkirah…
Buat-buat bisu,
Tidur malam pun tak tentu,
Bangun, bangun, pukul satu.
Keluar kampus tak tahu arah tuju,
Membaca, budaya ilmu…
Lesu!
Perbahasan ilmu jauh dari bibirmu.
Usahkan solat sunat,
Solat fardhu pun haru-biru.
Facebook macam mengadap buku,
Chatting merapu-rapu,
Main games saat yang ditunggu-tunggu.
Bangun malam untuk qiamullail,
Lebih berat daripada batu,
Berjaga malam untuk games,
Lebih ringan daripada sudu.
Baca al-Quran tersekat kaku,
Berlagu…
Macam angsa tersedu.
Bila ditegur habis pecah pintu…
Dinding kayu…
Sepatutnya jagalah tingkah laku,
Yang mencerminkan kematangan fikiranmu,
Dalam berbuat sesuatu.
Peribadimu cerminan ilmu dan amalmu,
Tepuk dada tanya imanmu,
Layakkah diriku,
Menjadi pembantu agamaMu?
Bagaimana mahu berdepan dengan mad’u…
Jika peribadimu dipersoalkan mad’u?
They all always looking at you.
Bagaimana mahu menjadi pendakwah…
Jika minda membeku?
Bagaimana mahu menjadi pendakwah…
Jika hati tidak dibersihkan selalu,
Dari segala hasutan syaitan dan nafsu?
Ya Allah,
Perteguhkanlah imanku,
Jauhkan diriku dari godaan nafsu,
Dan syaitan yang membelenggu,
Menghitamkan qalbu.
Ya Allah,
Ampunilah segala kealpaanku,
Periharalah daku,
Perkuatkan azamku,
Untuk menjadi mujahid di jalanMu.
Ya Allah..
aku tidak mohon duga ini dimudahkan..
Tidak jua ku pinta Kau mansuhkan ujian..
Kerana itu norma perjuangan..
Maka itu ku mohon diberi kekuatan..
Moga Kau jauhkan dari kesesatan dan kelalaian..
Yang menujukan diri ini ke arah keduniaan..
Maka lindungi aku..sahabat2 ku.. ya Rahman..
Moga khilaf sepanjang jalan diberi keampunan..
Agar menjadi pejuang dan sang daei yg mendapat keberkatan..
“YA ALLAH..MOHON KAU PELIHARALAH HATI2 INI DARI KELALAIAN MENJALANKAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB UNTUK MENEGAKKAN KALIMAHMU DI MUKA BUMI INI.”
Wassalam..
0 comments:
Post a Comment