10 Tempat Di Dunia Yang Serasa Di Planet Lain

Monday, December 27, 2010

 Bismillahirrahmanirrahim

memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi..salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.



Tempat-Tempat Yang Serasa Di Planet Lain

Di beberapa bahagian di atas dunia ini kedapatan tempat-tempat yang unik dan aneh yang jarang ditemui di mana-mana bahagian di atas dunia - hanya di situ. Ia menjadikan kita persis berada di planet lain.

Ia adalah tanda-tanda kebesaran Ilahi yang tidak dapat ditandingi oleh makhlukNya. Ia mengajak kita untuk merenung nikmat Allah yang banyak dan entah bila kita akan dapat menyaksikannya dengan mata kepala sendiri, namun alam siber memungkinkan kita untuk melawatinya secara maya. Inipun sudah merupakan satu nikmat yang tak terhingga dari Dia...


when Islam start to conquer...

Sunday, December 26, 2010
Bismillahirrahmanirrahim

memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi..salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.


Pandangan pertama..ape fkir anda bila terlihat gambar ini..?

Solat..?YA..betul.

Berjemaah?YA..betul lg.

Tp..hingga dluar bgunan..?tepi kolam..?bukan di masjid..?

YA..BENAR BELAKA..

Ditambah lg keluarbiasaan gambar ini ialah..ketika anda melihat gmba ini..ianya ialah ketika menunaikan solat jumaat..mmg benar.
masyaAllah..

kembara di jalan2 yg unik..?

Thursday, December 23, 2010
1. Jalan Terpendek di Dunia



Ebenezer Place, Wick, Caithness, Skotlandia, dinobatkan sebagai jalan terpendek di dunia dalam Guinness Book of Records dengan panjang 2.06m (6 '9 "). Hanya ada satu alamat di jalan itu:. pintu depan No 1 Bistro, yang merupakan bahagian dari Mackays Hotel, yang dibangunkan pada tahun 1883. Pemilik bangunan hotel pada saat itu, diarahkan untuk melukis nama di sisi terpendek dari hotel itu. Rasmi dinyatakan jalan itu pada tahun 1887.

heart n soul menuju cita..


Bismillahirrahmanirrahim

memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi..salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

pejam celik pejam celik..
aku sudah mghampiri fasa degree..

alhamdulillah..syukur padaMu msh tdkku lupa..
kerana masih berpeluang mlnjutkn degree dgn jayanya..


prepare for dis moment..biiznillah..!


srikandi pencetus evolusi

Thursday, December 16, 2010


Bismillahirrahmanirrahim..

             
kalau sahaja semua manusia itu bisa mengawal nafsu nafsinya...
          tuntas pinta hati tidak berganjak dari manual iman dan dan taqwa...


selalu sahaja kita mndgr nama2 artis disanjung2,,dipuja2..tanpa perlu disenaraikan nme2 mereka..ad yg diangkat mnjadi idola..inspirasi..tak kurg msg2 mnjadi fanatik kpd artis ‘pojaan hati’ msg2..


hmm mungkin sahaja kita ini menghampiri ke penghujungnya..soalnya..kalu inilah fenomenanya..maka bersediakah kita.....?

Dari Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:

Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA akan turun kepada mereka, yaitu salah satu drpdnya

"Para artis-artis disanjung-sanjung."

minat itu adalah fitrah..Islam pula ialah 'rahmatal lila'lamin'..Islam bukan pemusnah fitrah bahkan memandu fitrah spy bersyariat....tidaklah salah jika kte meminati mereka..asal sahaja mreka itu berakhlak baik..menutup aurat..mnjaga perbatasan..hiburan tdk berlebih2 lebihan   dn mngingati ilahi..dan sudah tentulah mengikut syariat..

jika ad nama yg terlintas 'yg fulfill the requirement' dlm fikirn kalian skrg ini..nah..tidak mngapalah..cuma..jgnlah mrk ini menjadi sanjungan melebih2..siapa yg harus mnjadi tumpuan segala sanjungan dan ketaatan?Iman kamu ad jawapannya..;)
dan moga2 shaja kite xlupe pd tokoh2 pejuang Islam..

jd, sudilah kiranya penulis berkongsi sedikit berkenaan tokoh yang boleh mnjadi inspirasi kepada pembangunan spiritual diri ummah terutama pemuda pemudi harapan agama..bangsa dan mok ayoh..(hu2)
ana akn berkongsi berkenaan srikandi2 pejuang Islam..lupekan sejenak ‘avril lavigne’, ‘taylor swift’ dn seangkatannya dan jom recheck memoria tokoh srikandi dalam kotak ingatan kita..

r.e.c.h.e.c.k.ing . . . . . . . . . . 

anda kenal saidatina khadijah..?

dialah isteri pertama Rasulullah..menjadi isteri baginda pada umurnya 40 tahun..baginda Rasulullah pula berumur 25 tahun..
dan dialah penawar duka Rasulullah ketika baginda menerima tohamahan, celaan dari pihak kaun Quraisy..

bagaimana dgn saidatina aishah..?

dialah 'al Humaira' yang mnjadi kesayangan Rasulullah..kebijaksanaan dan kecerdikan disaksikan umat pada zamanNya..tokoh ilmuan yang mnerima tarbiah langsung dari Rasulullah..

ingatkah kpd asma abu bakar..?

jgn kamu lupa peristiwa hijrah Nabi Muhammad bersama Abu Bakar..asma yg merupakan anak kpd saidina abu bakar antara mereka yang menolong Nabi Muhammad berhijrah..tegar menempuhi kegelapan malam dn mnghadapi risiko mghntar mknn kpda nabi dan ayhnya.

khaulah al azwar...?cukup kenal..?

dialah srikandi yg hebat di medan perang..tangkas melibas musuh dgn pedang..ligat menunggang kuda sehebat  wira..dialah yg mngkagumkan komander Khailid al walid di medan perang antra tntera rom dan Islam..dialah yg  mnggerunkan musuh Islam..

Allahuakbar..!

jd..anda knal mereka..?alhamdulillah.. mabruk a'laikum..!merekalah srikandi2 pejuang Islam..seringkali nama2 mrk ini mnjadi sebutan..masyaAllah..hebatnya hawa..!hebatnya hawa mampu menggoncang dunia..!
cuma ana hndak fokus bg mngingati seorg srikandi yang memberi impak yg besar terhadap kegemilangan Islam..

representing.... .... .... .... ....

Fatimah al-Khattab..

mgkinade yg terlupa atau tercicir dri pgtahuan tentangnya..jd jgn segan2 scroll down page ini yea..jom amek tau sket..

FATIMAH binti al-Khattab ialah adik Umar al-Khattab. Beliau antara wanita yang terawal memeluk Islam. Semasa Fatimah memeluk Islam, Umar al-Khattab masih menganut agama nenek moyangnya. Umar juga merupakan salah seorang yang begitu membenci hingga sanggup menyiksa orang Islam termasuk adiknya sendiri, Fatimah.
Pada suatu hari, Umar dengan marah keluar ingin membunuh Nabi Muhammad. Di tangannya ada sebilah pedang yang tajam.

Sedang asyik Umar berjalan, tiba-tiba dia ditegur oleh seorang lelaki yang bernama Nu'aim bin Abdullah an-Nahham.
Nu'iam bertanya, Wahai Umar, awak hendak ke mana?
Umar menjawab dengan suara yang lantang, "Saya ingin membunuh Nabi Muhammad."
"Awak tidak akan selamat dan dapat hidup dengan aman sekiranya awak membunuh Nabi Muhammad," balas Nu'aim pula.
Umar terus berjalan pantas. Lalu Nu'aim berkata lagi, "Tahukah awak, adik dan ipar awak sudah memeluk agama Islam?"

Umar terkejut mendengar berita itu lalu menggenggam erat pedang di tangannya. Dia semakin marah lalu pergi ke rumah adiknya. Di rumah itu kelihatan ada iparnya iaitu Khabab bin al-Art dan suami Fatimah iaitu Saib bin Zaid. Khabab sedang membaca surah Thaha kepada Fatimah dan suaminya.

"Buka pintu ini cepat," sergah Umar dari luar rumah Fatimah.
Fatimah, Saib dan Khabab terkejut lalu menyembunyikan ayat al-Quran tersebut. Kemudian Khabab lari ke belakang rumah dan bersembunyi di situ.

"Ada apa awak ke mari?" Tanya Fatimah kepada Umar.
Pintu rumah dibuka. Umar pun masuk ke rumah adiknya.

"Tadi saya dengar ada suara lelaki di sini. Suara itu membacakan sesuatu yang belum pernah saya dengar. Suara apakah itu?" Tanya Umar dengan nada tinggi.
Fatimah dan suaminya berpandangan sesama sendiri. Kemudian Fatimah berkata: 

"Apa yang awak dengar tadi hanya perbualan kosong sahaja. Kami berbual-bual perkara biasa. Tidak ada apa-apa yang perlu awak tahu."
Umar semakin marah lalu berkata: "Sekarang ini awak sudah pandai menjawab".

Saib cuba mengawal keadaan lalu berkata: "Wahai Umar, saya ingin memberitahu awak bahawa agama yang awak anuti itu adalah tidak benar."
Umar naik berang dan berkata: "Berani awak cakap begitu.."
Umar melompat dan menampar muka Saib. Saib jatuh ke lantai rumah lalu Umar datang memijak badan Saib.

"Sudah, sudah. Berhenti bergaduh," kata Fatimah cuba menahan Umar dari terus menyiksa suaminya.

"Adik tidak kenang budi," Umar berkata lalu menampar kuat ke muka Fatimah.
Tiba-tiba darah mengalir banyak daripada muka Fatimah.

"Apa yang saya lakukan. Wajah Fatimah luka parah. Mengapa dengan saya ini. sanggup mencederakan adik saya sendiri," kata Umar menyesal dengan perbuatannya itu.
Fatimah segera mengambil kain untuk mengelap darah yang terus keluar dari mukanya itu.
Umar menyesal di atas perbuatannya.

"Maafkan saya Fatimah. Saya tidak dapat kawal perasaan sebentar tadi," kata Umar kepada adiknya.

Kemudian Umar meminta adiknya lembaran ayat al-Quran yang mereka baca tadi. Fatimah menyuruh abangnya membersihkan diri terlebih dahulu sebelum memegang ayat al-Quran itu. Selepas itu Umar pun membaca surah Thaha.

Umar terpegun dengan keindahan ayat dari surah Thaha itu
"Saya ingin berjumpa dengan Nabi Muhammad," kata Umar kepada adik dan iparnya.
Pada masa itu Khabab yang sudah lama bersembunyi di belakang rumah muncul. Khabab pun berkata kepada Umar: "Syukur. Ini berkat doa Nabi Muhammad. Nabi Muhammad sekarang berada di Darul Arqam di Shafa."

Umar bergegas menemui Nabi Muhammad. Sampai sahaja di hadapan Nabi Muhammad, Umar pun memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah.
"Terima kasih ya Allah. Akhirnya Umar mendapat cahaya Islam," ujar Fatimah selepas abangnya itu memeluk Islam.

Umar akhirnya menjadi khalifah Islam yang kedua selepas khalifah Abu Bakar as-Siddiq meninggal dunia..
MasyaAllah..
Andai betapa hebatnya kalian memandang seorang khalifah yang bernama Umar al Khattab,,ketahuilah tertegaknya Islam dalam diri saidina Umar adalah dgn bantuan Fatimah al Khattab..Subhanallah..maha suci Engkau ya Allah yg memberikan petunjuk dan hidayah kepada sesiapa yg Engkau kehendaki.
Jadi..? ana rse xperlu la ingat blek dgn artis2 pujaan duniawi tu..kite ade srikandi hebat untuk dijadikan inspirasi..
Jom..jom jadi  muslimah unggul dan ekslusif..sehebat srikandi perisai nabi..!
Mudah2an kita menjadi sehebat mereka dalam menegakkan perjuangan Islam ini..
~wallahutaa’laa’lam~

Syukur padanya~

transformasi rapid KL

Wednesday, December 8, 2010
Bismillahirrahmanirrahim..


memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi..salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

4 Disember 2010..

tahukah anda..???

berita baik bagi kwn2 sejantina..kaum muslimah diluar sana..para2 environmentalis and 4 those who care..=)

Demi DIA yg maha mengetahui..

Tuesday, November 30, 2010

Bismillahirrahmanirrahim..


Salam a'layk..

Demi ALLAH yang maha mengetahui...
sesungguhnya ana sgt merindui bumi tarbiyah ini..ya Allah pertemukan kembali aku dgn bumi penuh barokah ini...

TERRRtembak lagi..?

Saturday, November 20, 2010
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
Polis didakwa tembak mati remaja, kata peguam

PETALING JAYA, 20 Nov Polis didakwa menembak mati dua remaja — menggunakan alasan merompak sebuah stesen minyak di Shah Alam Sabtu lalu dan ia menimbulkan banyak keraguan, kata peguam keluarga mereka N. Surendran hari ini.

Mohd Shamil Hafiz Shapiei, 15, Hairul Nizam Tuah, 20, dan Mohd Hanafi Omar, 22, dilaporkan ditembak mati oleh polis selepas kejadian mengejar awal pagi 13 November lalu di Glenmarie.

Sambil melahirkan kesangsian dengan kematian mereka, beliau menggambarkan ia sebagai tindakan membunuh seseorang cara “bumi kumpulan geng.”

Selamat Hari Raya Aidiladha

Wednesday, November 17, 2010

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum..ana dcini nk ambil kesempatan ucapkan selamat hari raya aidiladha kpd semua muslimin wa muslimat..disamping meraikan hari yg mulia ni, same2lah kite menghayati fadhilat2 Aidiladha,,bagaimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan juge kewajipan menunaikan Haji bg mereka yg mampu..

bagaimana dengan pengorbanan kite..?
banyak definisi pengorbanan yg boleh diterjemahkan..

bg ana...InsyaAllah,,dgn meneruskan ibadah qurban ini dianggap suatu pengorbanan yg mulia apabila daging qurban itu diagih2kan kpd fakir miskin dgn harapan dpt membantu mereka yg susah dan saudara kta yg tidak berkemampuan..jd ana fikir pngorbanan ini sgt bermakna krna dgn berkorban kte berkongsi..kesenangan dikongsi dgn yg kurg mampu..tidaklah rugi kerana yakinlah bhswnya Allah akan balas pengorbanan kite tu insyaAllah..Jika semangat suka berqurban ini meresap ke dalm setiap jiwa manusia,ana dicni percaya akn wujudlah kedamaian bkn sahaja di dlm hati bahkan dlm kalangan muslim sndiri lantas mewujudkan satu ukhuwah yg teguh..insyaAllah..


dan ingatlah...
'TANGAN YG DIATAS LEBIH BAIK DRPD TGN YG DIBAWAH' yg jge bermaksud tgn yg mmberi lebih baik drpd tgn yg menerima..

Ukhuwah tersebut diperkuatkan lg dgn ibadah Haji yg menjadi kewajipan kpd mereka yg berkemampuan(doalah same2 agar kite mampu menjadi tetamu Allah suatu hari nnti)..

Allah s.w.t.berfirman yang maksudnya:

"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai munafaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."(Qur'an. S.al-Hajj:27-28)

renung2kan..fikir2kan..Carilah manfaat dan hikmah disebalik ape yg diperintahkan olehNYA..

Wallahua'lam.

SeLaMaT hArI rAyA aIdIlAdHa!

~SYUKUR PADANYA~

S.E.P.U.L.U.H = 10 ? ade ape dgn spuluh..?

Monday, November 15, 2010

Bismillahirrahmanirrahim

Salam a’layk sume..

Segala kepujian dan kesyukuran ditujukan kepada Allah Ta’ala, Salawat dan Salam buat Junjungan Nabi Muhammad ‘Alaihis Solatu was Salam dan buat keluarga dan Sahabat Baginda.

Haa..ade ape dengan sepuluh tu..??9+1 kah..?10 hari kah..?hmm....

Okla...sedar atau tidak.. sbnarnye penulis nk mmperingtkn semua yg kita sudahpun berada dalam bulan zulhijjah..jadi..nmpak kaitannya..?kaitannya ialah mngenai............... kelebihan bulan zulhijjah SEPULUH hari pertama..

Bulan zulhijjah merupakan bulan barakah..ad ap dgn bulan Zulhijjah..?(asek "ad ape" je).. iya shbt2 sume..kite ni biasa dengar dan maklum dgn kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah kita sedia maklum dgn kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah..?hmmm...

banyak sbnrnya kelebihan sepuluh hari pertama zulhijjah ni..moga2 ap yg dkongsi pnulis dpt mmberi sdkit ilmu kpd kalian..


Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?” . Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”.
Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir Radhia Allah ‘anhu bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”.


JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADANYA.


Pertama : Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.

Kedua : Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari ‘Arafah(9 zulhijjah) - . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi : “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”. Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih). Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.

Puasa sunat Hari Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Ketiga : Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”, hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya : “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”. Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]”. Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “( Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”. Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.


Keempat : Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).

Kelima : Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

Keenam : Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.

Ketujuh : Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

Kelapan : Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”. Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya : “(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”. Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

Kesembilan : Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini ; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.


Kesepuluh : Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.

Wallahua’lam..salam perkongsian semua..dan salam eid adha..

SYUKUR PADANYA~~

Sumber : mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=14&parent=06

Kehebatan Surah Al-Ikhlas

Sunday, November 14, 2010

Bismillahirrahmanirrahim

Salam a’layk

Salam perkongsian buat shbt2 ana sume yg membaca..

Suke ana nk brkongsi kt post kali tntang kehebatan surah al-Ikhlas & berkatnya kte apabila mngamalkannya..jd jom sume..anjakan paradigma..!

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

1. Qul huwallaahu Ahad.

2. Allaahus Shamad.

3. Lam yalid wa lam yuulad

4. Wa lam yakul lahu kufuwan Ahad


Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

1. Katakanlah : "Dialah Allah, Yang Maha Esa"

2. Allah adalah Tuhan, yang bergantung kepada Nya segala sesuatu.

3. Dia tiada beranak dan tiada diperanakkan.

4. Dan tidak ada seorang pun / sesuatu pun yang setara dengan Dia


Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :

"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

1. Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

2. Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk
mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

3. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

4. Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat
Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

5. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

6. Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

7. Untuk Mendapatkan kebaikan di dunia dan akherat

Bacalah surat Al - Ikhlas setip hari sebagai amalan sehari - harinya. Insya Allah berkat surat Ikhlas yang kita baca itu kita akan mendapat kebaikan di dunia dan akherat.

8. Terhindar dari fitnah dan siksa kubur

Bacalah surat Al-Ikhlas pada orang yang sedang sakit. Seandainya orang yang sakit itu lantas mati pada hari itu juga, maka insyAllah dia akan diselamatkan dari fitnah kubur

Wallahua’lam..selamat beramal semua..!


p/s : ana kongsi lg dgn entum..

hasil dri respon sahabat ana..syukran amirah hannan..

ada satu kisah benar..dalam Al Islam..
seorg paderi telah terpukau dgn kehebatan Surah Al Ikhlas..
dipendekkan citer..dia masuk Islam..
dia diugut bunuh oleh paderi2 atasan yg len..
dia redha,,amal Islam n solat sorok2,,
dia diarahkan mengkristiankan org2 kat certain part kat Afrika..
dy pergi tapi dia tak wat pun..
then kantoi,,then..
Dia dibunuh..

Allahuakbar..betapa HEBAT kuasa ILAHI..

moga syahid di jalan Allah mnjadi cita2 tertinggi kita..

SYUKUR PADANYA~~

Politik cara Saidina Umar Al-Khattab

Friday, November 5, 2010

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam a'laik..

Alhamdulillah..once again biiznillah, fikiran dan jari penulis byk berhubung dlm beberape ari ni..ana rse mmbuak2 nk berkongsi2 dgn shbt2 sume dgn sedikit ilmu yg ade nih..teringat kata2 Khatimul Anbiya’ Rasulullah S.A.W. yg bermaksud..

“Sampaikanlah dariku walau satu ayat” (HR. Tirmidzi)

Jadi..jom spread the words of Islam..jangan ikut yahudi menyembunyikan kebenaran, jangan ikut nasrani mengubah kebenaran, moga2 kalian jge merasa manfaat atas perkongsian ini..insyaAllah..

ana nk kongsi satu isu lg yg menarik..mgkin ade kesinambungan dri post ana yg lepas..cume ana lebih spesifik ke politik d cni..

kdg kala bkn ape..umat Islam skrg ni kdg2 memahami Islam dalam skop yg sgt sempit..

kalaulah Islam trus dilihat dari satu sudut sahaja, maka jadilah ia satu bentuk ajaran yg hnya mnyentuh satu aspek kehidupan manusia iaitu dalam bentuk 'ibadah yang sempit'. Islam tu nnti akhirnya akan difahami bhwsnye tidak sesuai utk mengatur ekonomi, politik, sosial, kebudayaan dan pendidikan yg bercorak Islam..inilah keje yahudi..bersorak mereka mereki nih tgk kte akur pada ideologi2 mereka..

maka buanglah tanggapan itu..dan beramallah dgn cara Islam..termasok berpolitik...politik ini penting..ini ialah satu wasilah atau satu jalan dalam Islam..

but some say that politic is a rubbish n a pollution..YES IT IS..DEFINITELY..ianya satu PENCEMARAN..malah politik ini SAMPAH..!!jika...!tidak didasari dengan lunas2 Islam..bukan Islam sbg tujuan..maka ya jwpn ana..ianya pencemaran..

kolotkah..?jumudkah? apabila mngaitkan politik dgn Islam n vice versa..?TIDAK sahabat2..

apekah Rasulullah dahulu tidak berpolitik..?apekah sahabat2 dahulu tidak berpolitik..?

dari zaman Rasulullah kte berpayungkan Islam sbg politik kte..hinggalah Mustafa Kamal Atartuk laknatullah yg meruntuhkan kerajaan Islam pada 8 Mac 1924..hilangnya kerajaan Islam yg selama ini memayungi kte..SEHINGGA KINI tiada negara2 Islam yg brgabung dbwh stu tampuk pemerintahan yg mmpunyai ‘amir of the ummah’..maka adalah wajib ke atas kte dgn ape jua cara mengembalikan khilafah Islamiyyah yg telah runtuh itu..dgn cara ape sahabat2..?POLITIK salah stu drpdnya..hatta melalui politik lah plng 'short cut' utk kte mngembalikan tampuk kepimpinan Islam sbgaimana zaman Rasulullah, Khulafa' Ar Rasyidin, Umaiyah, Abbassiyyah dn diakhiri dgn Turki Uthmaniyah..

maka dgn itulah pentingnya kalian utk mgetahui hakikat peri pentgnya politik sbg wasilah dalam Islam..pentingnya kalian utk membuat pilihan yg tepat utk mnjadikan negara kte sbg negara Islam..ape caranya..?pilihlah pemimpin yg mmperjuangkan matlamat yg sama dgn Rasulullah,sahabat2nya dn pemimpin2 lain..ISLAM tunjangnya..ALLAH tujuannya..

ana dgn senang hati berkongsi video ni dgn sahabat sume..mari lihat politik cara Saidina Umar..






video

video


video


klu video brmasalah..trus tekan cni ya...right click - open in a new tab..



renung2kan semua..inilah roh pemimpin yg perlu ad pada setiap jiwa pemimpin..moga2 Allah mmberi barakah n rahmah kpd pemimpin yg berjiwa sedemikian..WALLAHUA’ALAM




SYUKUR PADANYA~