Kehebatan Surah Al-Ikhlas

Sunday, November 14, 2010

Bismillahirrahmanirrahim

Salam a’layk

Salam perkongsian buat shbt2 ana sume yg membaca..

Suke ana nk brkongsi kt post kali tntang kehebatan surah al-Ikhlas & berkatnya kte apabila mngamalkannya..jd jom sume..anjakan paradigma..!

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

1. Qul huwallaahu Ahad.

2. Allaahus Shamad.

3. Lam yalid wa lam yuulad

4. Wa lam yakul lahu kufuwan Ahad


Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

1. Katakanlah : "Dialah Allah, Yang Maha Esa"

2. Allah adalah Tuhan, yang bergantung kepada Nya segala sesuatu.

3. Dia tiada beranak dan tiada diperanakkan.

4. Dan tidak ada seorang pun / sesuatu pun yang setara dengan Dia


Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :

"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

1. Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

2. Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk
mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

3. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

4. Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat
Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

5. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

6. Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

7. Untuk Mendapatkan kebaikan di dunia dan akherat

Bacalah surat Al - Ikhlas setip hari sebagai amalan sehari - harinya. Insya Allah berkat surat Ikhlas yang kita baca itu kita akan mendapat kebaikan di dunia dan akherat.

8. Terhindar dari fitnah dan siksa kubur

Bacalah surat Al-Ikhlas pada orang yang sedang sakit. Seandainya orang yang sakit itu lantas mati pada hari itu juga, maka insyAllah dia akan diselamatkan dari fitnah kubur

Wallahua’lam..selamat beramal semua..!


p/s : ana kongsi lg dgn entum..

hasil dri respon sahabat ana..syukran amirah hannan..

ada satu kisah benar..dalam Al Islam..
seorg paderi telah terpukau dgn kehebatan Surah Al Ikhlas..
dipendekkan citer..dia masuk Islam..
dia diugut bunuh oleh paderi2 atasan yg len..
dia redha,,amal Islam n solat sorok2,,
dia diarahkan mengkristiankan org2 kat certain part kat Afrika..
dy pergi tapi dia tak wat pun..
then kantoi,,then..
Dia dibunuh..

Allahuakbar..betapa HEBAT kuasa ILAHI..

moga syahid di jalan Allah mnjadi cita2 tertinggi kita..

SYUKUR PADANYA~~

0 comments:

Post a Comment