srikandi pencetus evolusi

Thursday, December 16, 2010


Bismillahirrahmanirrahim..

             
kalau sahaja semua manusia itu bisa mengawal nafsu nafsinya...
          tuntas pinta hati tidak berganjak dari manual iman dan dan taqwa...


selalu sahaja kita mndgr nama2 artis disanjung2,,dipuja2..tanpa perlu disenaraikan nme2 mereka..ad yg diangkat mnjadi idola..inspirasi..tak kurg msg2 mnjadi fanatik kpd artis ‘pojaan hati’ msg2..


hmm mungkin sahaja kita ini menghampiri ke penghujungnya..soalnya..kalu inilah fenomenanya..maka bersediakah kita.....?

Dari Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:

Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA akan turun kepada mereka, yaitu salah satu drpdnya

"Para artis-artis disanjung-sanjung."

minat itu adalah fitrah..Islam pula ialah 'rahmatal lila'lamin'..Islam bukan pemusnah fitrah bahkan memandu fitrah spy bersyariat....tidaklah salah jika kte meminati mereka..asal sahaja mreka itu berakhlak baik..menutup aurat..mnjaga perbatasan..hiburan tdk berlebih2 lebihan   dn mngingati ilahi..dan sudah tentulah mengikut syariat..

jika ad nama yg terlintas 'yg fulfill the requirement' dlm fikirn kalian skrg ini..nah..tidak mngapalah..cuma..jgnlah mrk ini menjadi sanjungan melebih2..siapa yg harus mnjadi tumpuan segala sanjungan dan ketaatan?Iman kamu ad jawapannya..;)
dan moga2 shaja kite xlupe pd tokoh2 pejuang Islam..

jd, sudilah kiranya penulis berkongsi sedikit berkenaan tokoh yang boleh mnjadi inspirasi kepada pembangunan spiritual diri ummah terutama pemuda pemudi harapan agama..bangsa dan mok ayoh..(hu2)
ana akn berkongsi berkenaan srikandi2 pejuang Islam..lupekan sejenak ‘avril lavigne’, ‘taylor swift’ dn seangkatannya dan jom recheck memoria tokoh srikandi dalam kotak ingatan kita..

r.e.c.h.e.c.k.ing . . . . . . . . . . 

anda kenal saidatina khadijah..?

dialah isteri pertama Rasulullah..menjadi isteri baginda pada umurnya 40 tahun..baginda Rasulullah pula berumur 25 tahun..
dan dialah penawar duka Rasulullah ketika baginda menerima tohamahan, celaan dari pihak kaun Quraisy..

bagaimana dgn saidatina aishah..?

dialah 'al Humaira' yang mnjadi kesayangan Rasulullah..kebijaksanaan dan kecerdikan disaksikan umat pada zamanNya..tokoh ilmuan yang mnerima tarbiah langsung dari Rasulullah..

ingatkah kpd asma abu bakar..?

jgn kamu lupa peristiwa hijrah Nabi Muhammad bersama Abu Bakar..asma yg merupakan anak kpd saidina abu bakar antara mereka yang menolong Nabi Muhammad berhijrah..tegar menempuhi kegelapan malam dn mnghadapi risiko mghntar mknn kpda nabi dan ayhnya.

khaulah al azwar...?cukup kenal..?

dialah srikandi yg hebat di medan perang..tangkas melibas musuh dgn pedang..ligat menunggang kuda sehebat  wira..dialah yg mngkagumkan komander Khailid al walid di medan perang antra tntera rom dan Islam..dialah yg  mnggerunkan musuh Islam..

Allahuakbar..!

jd..anda knal mereka..?alhamdulillah.. mabruk a'laikum..!merekalah srikandi2 pejuang Islam..seringkali nama2 mrk ini mnjadi sebutan..masyaAllah..hebatnya hawa..!hebatnya hawa mampu menggoncang dunia..!
cuma ana hndak fokus bg mngingati seorg srikandi yang memberi impak yg besar terhadap kegemilangan Islam..

representing.... .... .... .... ....

Fatimah al-Khattab..

mgkinade yg terlupa atau tercicir dri pgtahuan tentangnya..jd jgn segan2 scroll down page ini yea..jom amek tau sket..

FATIMAH binti al-Khattab ialah adik Umar al-Khattab. Beliau antara wanita yang terawal memeluk Islam. Semasa Fatimah memeluk Islam, Umar al-Khattab masih menganut agama nenek moyangnya. Umar juga merupakan salah seorang yang begitu membenci hingga sanggup menyiksa orang Islam termasuk adiknya sendiri, Fatimah.
Pada suatu hari, Umar dengan marah keluar ingin membunuh Nabi Muhammad. Di tangannya ada sebilah pedang yang tajam.

Sedang asyik Umar berjalan, tiba-tiba dia ditegur oleh seorang lelaki yang bernama Nu'aim bin Abdullah an-Nahham.
Nu'iam bertanya, Wahai Umar, awak hendak ke mana?
Umar menjawab dengan suara yang lantang, "Saya ingin membunuh Nabi Muhammad."
"Awak tidak akan selamat dan dapat hidup dengan aman sekiranya awak membunuh Nabi Muhammad," balas Nu'aim pula.
Umar terus berjalan pantas. Lalu Nu'aim berkata lagi, "Tahukah awak, adik dan ipar awak sudah memeluk agama Islam?"

Umar terkejut mendengar berita itu lalu menggenggam erat pedang di tangannya. Dia semakin marah lalu pergi ke rumah adiknya. Di rumah itu kelihatan ada iparnya iaitu Khabab bin al-Art dan suami Fatimah iaitu Saib bin Zaid. Khabab sedang membaca surah Thaha kepada Fatimah dan suaminya.

"Buka pintu ini cepat," sergah Umar dari luar rumah Fatimah.
Fatimah, Saib dan Khabab terkejut lalu menyembunyikan ayat al-Quran tersebut. Kemudian Khabab lari ke belakang rumah dan bersembunyi di situ.

"Ada apa awak ke mari?" Tanya Fatimah kepada Umar.
Pintu rumah dibuka. Umar pun masuk ke rumah adiknya.

"Tadi saya dengar ada suara lelaki di sini. Suara itu membacakan sesuatu yang belum pernah saya dengar. Suara apakah itu?" Tanya Umar dengan nada tinggi.
Fatimah dan suaminya berpandangan sesama sendiri. Kemudian Fatimah berkata: 

"Apa yang awak dengar tadi hanya perbualan kosong sahaja. Kami berbual-bual perkara biasa. Tidak ada apa-apa yang perlu awak tahu."
Umar semakin marah lalu berkata: "Sekarang ini awak sudah pandai menjawab".

Saib cuba mengawal keadaan lalu berkata: "Wahai Umar, saya ingin memberitahu awak bahawa agama yang awak anuti itu adalah tidak benar."
Umar naik berang dan berkata: "Berani awak cakap begitu.."
Umar melompat dan menampar muka Saib. Saib jatuh ke lantai rumah lalu Umar datang memijak badan Saib.

"Sudah, sudah. Berhenti bergaduh," kata Fatimah cuba menahan Umar dari terus menyiksa suaminya.

"Adik tidak kenang budi," Umar berkata lalu menampar kuat ke muka Fatimah.
Tiba-tiba darah mengalir banyak daripada muka Fatimah.

"Apa yang saya lakukan. Wajah Fatimah luka parah. Mengapa dengan saya ini. sanggup mencederakan adik saya sendiri," kata Umar menyesal dengan perbuatannya itu.
Fatimah segera mengambil kain untuk mengelap darah yang terus keluar dari mukanya itu.
Umar menyesal di atas perbuatannya.

"Maafkan saya Fatimah. Saya tidak dapat kawal perasaan sebentar tadi," kata Umar kepada adiknya.

Kemudian Umar meminta adiknya lembaran ayat al-Quran yang mereka baca tadi. Fatimah menyuruh abangnya membersihkan diri terlebih dahulu sebelum memegang ayat al-Quran itu. Selepas itu Umar pun membaca surah Thaha.

Umar terpegun dengan keindahan ayat dari surah Thaha itu
"Saya ingin berjumpa dengan Nabi Muhammad," kata Umar kepada adik dan iparnya.
Pada masa itu Khabab yang sudah lama bersembunyi di belakang rumah muncul. Khabab pun berkata kepada Umar: "Syukur. Ini berkat doa Nabi Muhammad. Nabi Muhammad sekarang berada di Darul Arqam di Shafa."

Umar bergegas menemui Nabi Muhammad. Sampai sahaja di hadapan Nabi Muhammad, Umar pun memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah.
"Terima kasih ya Allah. Akhirnya Umar mendapat cahaya Islam," ujar Fatimah selepas abangnya itu memeluk Islam.

Umar akhirnya menjadi khalifah Islam yang kedua selepas khalifah Abu Bakar as-Siddiq meninggal dunia..
MasyaAllah..
Andai betapa hebatnya kalian memandang seorang khalifah yang bernama Umar al Khattab,,ketahuilah tertegaknya Islam dalam diri saidina Umar adalah dgn bantuan Fatimah al Khattab..Subhanallah..maha suci Engkau ya Allah yg memberikan petunjuk dan hidayah kepada sesiapa yg Engkau kehendaki.
Jadi..? ana rse xperlu la ingat blek dgn artis2 pujaan duniawi tu..kite ade srikandi hebat untuk dijadikan inspirasi..
Jom..jom jadi  muslimah unggul dan ekslusif..sehebat srikandi perisai nabi..!
Mudah2an kita menjadi sehebat mereka dalam menegakkan perjuangan Islam ini..
~wallahutaa’laa’lam~

Syukur padanya~

1 comments:

Dr. Amirah said...

nice..subhanallah.....:)

Post a Comment