Hidayah Allah. Siapalah boleh duga..?

Thursday, June 30, 2011
 Bismillahirrahmanirrahim

memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi..salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.


Salam alayk sume..

Td ad terbaca artikel mgenai  ‘Iwan Dangdut’..
yg dulu mse zaman mude2 yg sebaris kegemilngannya dgn amalina,dll la..
Nk kate sye peminat mmg taklah tetibe nk folo up cte die..
mmg tidak.
ohoi..dulu bukan main tk suke lg bila tang2 dangdut ni..
Dan dialah antara 'tokoh' dangdut yg plg sye tk minat sekali..
So,xkn sye la peminat tegar pulak kan puwn adoi..
                                                                        
Walakin..(akn tetapi)

 yg tertarikny utk membaca mngenainya ialah isi artikelnya yg mmgkabrkn iwan dangdut yg dahulunya membawa musik yg melaghakan kini mengubah jalannya ke jalan yg diredhai..ke jalan Allah..subhanallah..

~ biarkn gmbar lebih byk berkata2....





Dgr cerita juga dia akan mngeluarkn album berbntuk dakwah iaitu ‘segalanya Allah’
Haa..ini baru la bole beli.. J

Alhamdulillah..skang ni tgk ramai yg dpt hidayah dalam klgn artis..
mcm sorg lg..

dari seorang rocker tegar..

kini mampu berkata dan berkongsi mengenai hijrahnya kpd masyarakat umum..


Tak lupa pada ini..sye hormat smgt beliau yg ingin tertumpu dn fokus kpd Islam..

dari seorg yg dahulunya penuh dgn hilai tawa.....


kini mngorbankan semua itu demi berada di jalanNya..

Dan xlupe taiko ini..


dari ali setan ke azmil mustapha


Maka benarlah kata-kata Allah..

“Dan jiwa serta penyempurnaannya(penciptaannya) maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorkannya.”
(Asy-Syams:7-10)

Alhamdulillah..mereka mendapat hidayahNya..
Kita bagaimana..?
Ya.
Hidayah itu milik Allah..
Tp ikhtiar tu atas kita..
Takkanlah nk mintak Allah turunkan ayat khas utk kita..
wahai Ahmad,Siti dn sbgainya bru nk berusaha cari redhaNya..
Ish3..tak layaknya..
Maka..cari lah keredhaanNya..kerana itulah tujuan kta hidup..
Gapailah hidayahNya..!
Moga istiqamah di jalan Nya..amin

"Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami, maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) arasy yang mulia." (Al-Mukminun:115-116)

wassalamJ

'ALARM CLOCK' kepada sang Dae'i

Wednesday, June 22, 2011

Bismillahirrahmanirrahim

memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi..salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.


Salam alayk semua..

sahabat2..brothers..sisters..dan diri ini terutamanya..
Sye kire artikel ini sgt berguna untuk dikongsi..
Mohon 2-3 minit untuk berfikir dan menginsafi kelemahan diri...
Untuk muhasab diri kita semua yg tidak lari dari alpa nafsi..

~MUHASABAHLAH WAHAI SANG PEJUANG~

Ditujukan kepada : para pejuang kalimah Allah di buana ini dan kepada Hamba-hamba Allah yg dirahmati sekalian

Daripada : sama seperti di atas..

Bagaimana mahu menjadi pendakwah???

Jika kelas ponteng selalu,
Melemahkan semangat guru.

Bila ditanya soalan serba tak tahu,
Tapi malas membaca buku,
Lagak sudah berilmu,
Bagai tok guru.

Bila diminta beri tazkirah…
Buat-buat bisu,
Tidur malam pun tak tentu,
Bangun, bangun, pukul satu.

Keluar kampus tak tahu arah tuju,
Membaca, budaya ilmu…
Lesu!
Perbahasan ilmu jauh dari bibirmu.

Usahkan solat sunat,
Solat fardhu pun haru-biru.

Facebook macam mengadap buku,
Chatting merapu-rapu,
Main games saat yang ditunggu-tunggu.

Bangun malam untuk qiamullail,
Lebih berat daripada batu,
Berjaga malam untuk games,
Lebih ringan daripada sudu.

Baca al-Quran tersekat kaku,
Berlagu…
Macam angsa tersedu.

Bila ditegur habis pecah pintu…
Dinding kayu…

Sepatutnya jagalah tingkah laku,
Yang mencerminkan kematangan fikiranmu,
Dalam berbuat sesuatu.

Peribadimu cerminan ilmu dan amalmu,
Tepuk dada tanya imanmu,
Layakkah diriku,
Menjadi pembantu agamaMu?

Bagaimana mahu berdepan dengan mad’u…
Jika peribadimu dipersoalkan mad’u?
They all always looking at you.

Bagaimana mahu menjadi pendakwah…
Jika minda membeku?

Bagaimana mahu menjadi pendakwah…
Jika hati tidak dibersihkan selalu,
Dari segala hasutan syaitan dan nafsu?

Ya Allah,
 Perteguhkanlah imanku,
Jauhkan diriku dari godaan nafsu,
Dan syaitan yang membelenggu,
Menghitamkan qalbu.

Ya Allah,
 Ampunilah segala kealpaanku,
Periharalah daku,
Perkuatkan azamku,
Untuk menjadi mujahid di jalanMu.




Ya Allah..
aku tidak mohon duga ini dimudahkan..
Tidak jua ku pinta Kau mansuhkan ujian..
Kerana itu norma perjuangan..
Maka itu ku mohon diberi kekuatan..
Moga Kau jauhkan dari kesesatan dan kelalaian..
Yang menujukan diri ini ke arah keduniaan..
Maka lindungi aku..sahabat2 ku.. ya Rahman..
Moga khilaf sepanjang jalan diberi keampunan..
Agar menjadi pejuang dan sang daei yg mendapat keberkatan..

“YA ALLAH..MOHON KAU PELIHARALAH HATI2 INI DARI KELALAIAN MENJALANKAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB UNTUK MENEGAKKAN KALIMAHMU DI MUKA BUMI INI.”



Wassalam..




Cinta Islamik : Menggapai redhaNya

Tuesday, June 21, 2011
Bismillahirrahmanirrahim

memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi..salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.



Salam alayk semua


Wahh..dengar mcm nk dapat tips berkapel secara islamik je..

Rase cmtu..?
salah tempat..
Xrase bgitu?
Alhamdulillah..anda xsalah belek blog ni insyaAllah..





Aku chenta kamu kerana Allah?

Brothers and sisters..
Sebenarnya bukan tips berkapel..bukan ulasan cinta dengan ajnabi hatta bukan cara cara berkapel secara Islamik yg mahu sye kongsikan dsni..

Kerana

Sesungguhnya tiada istilah kapel dalam agama Islam yg indah ni..tiada bercinta sebelum berkahwin..bunyi mcm CLICHE kan..?selalu dgr ayat cenggini kan..?
Rase mahu tutop telinga dengan bantal spongebob bila ad org ckp cmni 
cume xpe,,sye benarkan tutop telinga..cume mata jgn tutop..truskan membaca..

Tp sbenarnya..
Itulah kenyataan yg mmg manusia tidak mahu menerima..

Belajarlah dari buah melaka

Wednesday, June 15, 2011
 Bismillahirrahmanirrahim

memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi..salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

salam alayk...


Memoria
3.35 petang : Makkatul Muqarramah
8.38 malam : Malaysia truly asia

Mood : puitis 

Merenung sejenak ke jam tgn hitam yg ak sangkut di meja..
Masih cantik dan elok lagi jam yg menunjukkan waktu Mekah setahun yg lalu..
Aku terus memandangnya..
jam yg berharge rm20 ni smmgnya dibeli utk tujuan ‘short term’ digunakan ketika menunaikan umrah..
tiap kali memandgnya,mengingtkn diri ni ketika di tanah suci..
syukur Allah masih memanjangkan usianya..dan..

ahh..
sesedarnya minda ini kembali bertapak dsini..
Allah juga telah memanjangkan usiaku rupanya..
ketika post ini ditaip..maka berganjaklah umurku ke 20an..
syukur pada ilahi masih lg hidup dlm nafas merafa’kanNya dan masih thabat dlm perjuangan ni..

puitis mood : turned off~~~

Kembali ke tajuk

Matlamat yg sama metodologi berbeza

Wednesday, June 8, 2011
 Bismillahirrahmanirrahim


memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi..salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.


وَ لْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَ يَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَ أُولئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (104)
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang- orang yang beruntung.( 104 )

Kita lah pendakwah..!


Tahu tak kite2 ni sumenye tertuntut utk menjadi pendakwah..?

Realitinya begitu tuan2 dan puan2 brothers n sisters..
Allah menciptakan kita menjadi khalifah di muka bumi..
Allah bukan ciptakan kita saje2 seronok dan beronok2 di bumi..
Hidup ni bukan sekadar hari2nya bukak tv,bosan,makan,tido,layan korea dll..

Hey..
Heyy..
Heyyy..

Aku dan kamu ni khalifah..

"Dan Ia (Allah)lah yang telah menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi."
surah Al-An'am: 165

"dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berkata kepada Malaikat, sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi."
dalam Al-Baqarah: 30

hakikatnya inilah..

Kaitannya khalifah dgn dakwah..?

Nahh..dakwah ini merupakan salah satu cabang tugas kita sbg khalifah..
Kdg2 kita lupa,leka dan alpa ape sptutnya kita lakukan hari demi hari..
Bahkan tak terbuat pon..
Ini bukan tugas “ustaz ustazah”..
Amanah kita ni..
Kita mungkin tahu..
Tp tak sedar..

Apa peranan kita sebenarnye

“ Amar makruf nahi mungkar”

Wahh..sedap dgr,,sedap taip..
Sekolah kecik2 dlu da tau bende ni..
Tp senang tak nk buat..?
 Susah..?

Inilah dakwah..apelah sgt ksenangan di dunia ini..
Org bijak kne fikir long term kan..?
Maka pilihlah kesenangan kat Sana..

Dakwah..
tajuk berat ni..kalu wat dek forum..kdg2 org takut nk dtg..
lainlah tajuk “aku terima nikahnya” atau “love is cinta” bru berbondong2 datangnya..*sengaja di pink2 kn word nye
Biaselah..tajuk2 menyentuh fitrah manusia ni mudah dekat dgn diri..
Tajuk2 yg kelihatan berat tajuk dan isinya..kurg DAN sket yg dtgnye..*bkn kurg sket
Bukanlah mahu suud dzan..
Begitulah realitinya..

Tp xpelah..mgkin kalu dri sudut pandang positif..

“Allah menapis dan memilih hambanya utk bertandang ke majlis mngingatiNya”

maka..jgnlah bergundah rase..kita masih perlu mengajak mereka kpd yg ma’aruf dan juga mengajak merka meninggalkan yg mungkar..

“ala..penat kita wat program ilmiah begini..tp..org tanak dtg jgk”

Sabar..sabar..dan sabar..
Rasulullah pon selama 23 tahun menyampaikan dakwah untuk menegakkan agama Allah.
 Bermula dengan dakwah secara senyap sehinggalah ke dakwah secara terang-terangan dan peperangan..

Kita..?baru buat program kan..?

Maka sabarlah..

Mana silapnya?

Nak jadi daei bukan sekelip mata..
Perjuangannya tidak mudah..
Tidak disertakan dengan intan permata..
Mahupun hamparan yang indah utk bersenang lenang..

Tidak.

Tp kita “promoter”..
Teringat dahulu selalu berpesan kpd adek2 mad’u..

“adek2,,tahu tak..kita ini ada satu ‘produk’ yg bagus..hebat..gerenti terbaik..ISLAM..
Tp org tak tahu..org tak sedar..
Makanya kita harus..perlu menjadi ‘promoter’ yg terbaik”

A good product must come with a good promoter.

Kadang ini masalah kita..
Kita mahu..hendak.. org terima dan faham apa yg kita faham..
Kita mahu mereka amalkan ‘produk’ hebat ni..
Tp kita dimana fungsinya..?

Mcm mana kite promote..?

Perlu kreatif..

Dakwah ini perlu kreatif..
bila mana kita sudah ada kemampuan untuk berdakwah..
itu anugerah Allah beri..
maka jgn sia2kan..
wlpn smmgnya DIA menolong org yg menolong agamaNya..
tp kite perlu merasa hamba..ikhtiar dan usehe harus seiring dgn ap yg kita pintakan..
jgn sekadar memberi tanpa mengharap org “menerima”

pernah aku menyertai satu kursus dakwah..
yg mana aku diajar mengenai penekanan soft skill dalam diri daei..
aku ingat ustaz itu berkata..

“kamu semua ini tahu tak..sasaran dakwah kamu ni sume berbeza2..rugi sahaja kalu kamu mempunyai ilmu tinggi2 tp ikhtiar dakwah kamu tidak capai dan sampai pon kepada sasaran dakwah..”

RUGI.pkataan itu plg menyentap kalbuku..

Makanya ape..?
Harus..perlu.. pelbagaikan metode dakwah kita..

Pengalaman

teringat ketika dipertanggungjawabkan mengendalikan stu program kerohanian utk lepasan spm.
Biasalah..kalu sudah program wajib begitu..
Xsemua yg ade ‘soul’ nk dgr talk2 agama ni..
Sume nk syahid jer..

Maka ad seorg shbt lelaki..
Alhamdulillah, bagus..
Dia yg sukarela mahu beri pengisian..
Aku kagum dgn lelaki sebegitu..

Ketika dia memberi tazkirah
Aku cuba mendengar bait yg keluar dari mulutnya..cuba dan cuba.....cuba..

“Borringnyaa”..terjah kwn aku seorg..lelaki.. Agak terkejut jga aku disergahnya..
“ak tk concentrate laa..die ckp ape sbnrnye”

“Allahurabbi..ak ingat aku seorg yg ad mslh”..bisik aku seorg..

Aku balas..

“jgn ckp mcm tu..kita perlu sokong..dia ad ilmu..die nk kongsi utk semua”

“bukan xnk sokong..tp cuba tgk budak2..tido,sembang2 kt belakang..”dia menjawab.

Aku terdiam sejenak..ad benarnya dia ckp..rata2 barisan hadapan dan dua dari hadapan jer yg khusyuk dgr..bdak2 yg ade ‘soul’ pde program bgini aku fikir..

Dia sambung..

“kita bukannye xboleh suh bdk2 ni diam dan dgr..tp dri peringkat die sendiri,,bgaimana..?gaya ckp dia yg kurg jelas..budak2 mngantuk..lepas itu,,duduk pula..bdk2 xnmpak..”

Sungguh..ade ‘point’ ap yg cuba dia sampaikan..tp aku ajak dia berfikir..

“manusia ini..lahirnya kan dari bwh..drpd kecil ke besar,drpd tk thu jadi tahu..kan..?ap yg kite nmpak ini mgkin peringkat awal dia utk berdakwah.lme2 die akn dpt rythm jgk..yg paling penting dia ade niat dan ikhtiar utk memulakan dan sukarela tampil ke depan..kan..?”

Kali ni dia pula diam..sentap mgkin..

Abes perbualan kmi..
tp sungguh..
ada benar kte2 dia..
benda2 teknikal ni kdg2 dpndg kecik je..walhal sbnrnye die mmberi impak yg besar..

aku pon mncari ibrah dri ap yg terjadi..
“tak bolehkah dia berdiri menyampaikan pengisiannya?
Bknkah lebih tertarik lg jika buat pengisian 2 hala..
“Tak bolehkah dia tinggikan sdikit suara?”
Bkn menjerit tpi cukup jelas utk didengari..

Dia yg aku mksudkn bknlah sekadar ak tujukn kpd watak dlm program ini tetapi kpd semua para daei di luar sana..
Dan ku tujukan pada diriku sendiri..
Ambil ibrah..utk survival dakwah dkemudian hari..kn..
Fikir..zikir..jgn khuatir..!

Kdg2 kte sering mnyalahkn mrka yg tdo..
bersembang2 kt majlis ilmu..
buat bising..
Tp part kita sndiri bagaimana?
Tkkan kita nk selalu mgharapkan org yg ‘mendengar’ tu perlu dan harus setiap seorgnya ade ‘soul’ kpd prkara Islamic bgini..
Bgitu kah..?
Part yg memberi pula bgaimana..?

Tgk dr fadzilah kamsah..ustazah ct norbahyah..mcm mne die grab attention org?melalui soft skill mereka..cara ckp,gaya,penampilan,pengisian..

Jadi..kalu bgitu..seorg daie juga kne jge benda2 gni..kite nk org dgr dakwah kita bkn..?

Jgn sekadar memberi..

Ape lagi..?
Itu soft skill..

Program..?
Perlunya kita tahu attract org..
Daei harus hebat..!
Tahu kita membawa satu “brand Islamic”
Namun keanjalan perlu ada..

Pernah di kampus ad forum bertajuk

 “nikmat malam pertama”

Sekejap shj semua trus ber “sok sek sok sek” psl forum ni
Selalunye ak mgetahui event bgini melalui poster2 shj..
Tp xsempat nk brtentang mata dgn poster,sudah smpai ke telinga..
Nmpak x ..impak besar..?yes.org ramai dtg.

Walhal sbnrnya tajuk itu bknlah mnjurus kpd ap yg majoriti org fikir2kn..
Sbnrnye  forum tu pasal “alam kubur”!..
Nahh ambik sebijik..tp org ramai dtg..sasaran archieve..skang tggl kita shj..yg mmberi..

Satu lagi tajuk poster..sgt terkesan dn tersentap..
Besar posternya..
Plg nk di highlight kan ialah wording poster dia

“jgn datang kalu iman sudah cukup!”

Wah..terbaikk..tertusuk panah di qalbu..
Ini cara sentap..
Tp terkesan pde org..dan rse malu la kn klu tk dtg..
Wlpn xsemua yg merasa tp ikhtiar kte utk mmberi impak itu ade..

Jd,,
Org ramai tertarik..
Walau keikhlasan itu mnjadi persoalan..
Tp tdk mngapalah..ia boleh datang later on..insyaAllah
Tiap2 kejadian Allah itu kan berbeza..
Ad perlu bertatih2..merangkak dsb
“paksa rela” jge salah stu cara..

Si ayah : “adek,,kalu adek puasa satu hari,ayah bagi seringgit”
Si anak darjah satu : “kalu adek xpuasa xdpt duet rye lah kan”?
Si ayah : “xdpt”..

Mcm penah alami je kan..?
Nilah konsep nye..
kdg2..dari “paksa rela” tulah lama kelamaan akan mnjdi budaya dan sebati dalam diri..

ini juga tarbiyah diri..:)


It is your choice

ini metode sye..
sye belajar dan belajar..
krn sye jugak tidak bermula dgn hebat..
hatta tika ini juga masih berada di jalan menuju arah situ..

matlamat kita sama..
namun mgkin cara kita berbeza..
maka terpulanglah..

kalaupun kite kne meniru dr fadzilah kamsah..
mahupun aznil hj nawawi..
oprah winfrey..
atau siapa2..
maka serapkan their ‘power’ to ourself..
combine it together..
capai matlamat kita..!

“xde cara lain ker?”
Sudah tentu ada..kan da ckp..metode nya fleksibel..
Xboleh brcakap depan org..?amek keyboard,wat blog...
Ad yg Allah bg kurnia pada penulisan..maka gunakalah..
Wat la poster..wat puisi..lagu..n apa2 shj selagi tidak clash dengan syariatNya..
Xde msalh..

Jgn khawatirr..kerana..matlamat kita itu lebih tinggi..
perjuangan kita itu ada nilai disisi ilahi..
mahukan daulah islamiyah..?
maka...



أصلح نفسك وادع غيرك
Perbaiki diri kamu dan ajaklah org lain..!

Sye tekankan ianya “dan” bukannya “kemudian”..

Ajaklah..ajaklah..dan ajaklah..

“sampaikan dariku walau satu ayat” –Rasulullah SAW

Apa2 pun,ia nya adalah pilihan kamu..tp ianya haq Allah..maka tunaikan kewajipan kamu,,kamu,,kamu,,dan kamu,,serta aku jua..

Aku dan kamu siapa..?
KHALIFAH.

Wassalam.