hmm mungkin sahaja kita ini menghampiri ke
penghujungnya..soalnya..kalu inilah fenomenanya..maka bersediakah kita.....?
Dari Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
Apabila umatku
telah membuat 15 perkara, maka BALA akan turun kepada mereka, yaitu salah satu
drpdnya
"Para artis-artis disanjung-sanjung."
minat itu adalah fitrah..Islam pula ialah 'rahmatal
lila'lamin'..Islam bukan pemusnah fitrah bahkan memandu fitrah spy
bersyariat....tidaklah salah jika kte meminati mereka..asal sahaja mreka itu
berakhlak baik..menutup aurat..mnjaga perbatasan..hiburan tdk berlebih2
lebihan dn mngingati ilahi..dan sudah
tentulah mengikut syariat..
jika ad nama yg terlintas 'yg fulfill the requirement'
dlm fikirn kalian skrg ini..nah..tidak mngapalah..cuma..jgnlah mrk ini menjadi
sanjungan melebih2..siapa yg harus mnjadi tumpuan segala sanjungan dan
ketaatan?Iman kamu ad jawapannya..;)
dan moga2 shaja kite xlupe pd tokoh2 pejuang Islam..
jd, sudilah kiranya penulis berkongsi sedikit berkenaan
tokoh yang boleh mnjadi inspirasi kepada pembangunan spiritual diri ummah
terutama pemuda pemudi harapan agama..bangsa dan mok ayoh..(hu2)
ana akn berkongsi berkenaan srikandi2 pejuang
Islam..lupekan sejenak ‘avril lavigne’, ‘taylor swift’ dn seangkatannya dan jom
recheck memoria tokoh srikandi dalam kotak ingatan kita..
r.e.c.h.e.c.k.ing . . . . . . . . . .
anda kenal saidatina khadijah..?
dialah isteri pertama Rasulullah..menjadi isteri
baginda pada umurnya 40 tahun..baginda Rasulullah pula berumur 25 tahun..
dan dialah penawar duka Rasulullah ketika baginda
menerima tohamahan, celaan dari pihak kaun Quraisy..
bagaimana dgn saidatina aishah..?
dialah 'al Humaira' yang mnjadi kesayangan
Rasulullah..kebijaksanaan dan kecerdikan disaksikan umat pada zamanNya..tokoh
ilmuan yang mnerima tarbiah langsung dari Rasulullah..
ingatkah kpd asma abu bakar..?
jgn kamu lupa peristiwa hijrah Nabi Muhammad bersama
Abu Bakar..asma yg merupakan anak kpd saidina abu bakar antara mereka yang
menolong Nabi Muhammad berhijrah..tegar menempuhi kegelapan malam dn mnghadapi
risiko mghntar mknn kpda nabi dan ayhnya.
khaulah al
azwar...?cukup kenal..?
dialah srikandi yg hebat di medan perang..tangkas
melibas musuh dgn pedang..ligat menunggang kuda sehebat wira..dialah yg mngkagumkan komander Khailid
al walid di medan perang antra tntera rom dan Islam..dialah yg mnggerunkan musuh Islam..
Allahuakbar..!
jd..anda knal mereka..?alhamdulillah.. mabruk
a'laikum..!merekalah srikandi2 pejuang Islam..seringkali nama2 mrk ini mnjadi
sebutan..masyaAllah..hebatnya hawa..!hebatnya hawa mampu menggoncang dunia..!
cuma ana hndak fokus bg mngingati seorg srikandi yang
memberi impak yg besar terhadap kegemilangan Islam..
representing.... .... .... .... ....
Fatimah al-Khattab..
mgkinade yg terlupa atau tercicir dri pgtahuan
tentangnya..jd jgn segan2 scroll down page ini yea..jom amek tau sket..
FATIMAH binti al-Khattab ialah adik Umar al-Khattab.
Beliau antara wanita yang terawal memeluk Islam. Semasa Fatimah memeluk Islam,
Umar al-Khattab masih menganut agama nenek moyangnya. Umar juga merupakan salah
seorang yang begitu membenci hingga sanggup menyiksa orang Islam termasuk adiknya
sendiri, Fatimah.
Pada suatu hari, Umar dengan marah keluar ingin
membunuh Nabi Muhammad. Di tangannya ada sebilah pedang yang tajam.
Sedang asyik Umar berjalan, tiba-tiba dia ditegur oleh
seorang lelaki yang bernama Nu'aim bin Abdullah an-Nahham.
Nu'iam bertanya, Wahai Umar, awak hendak ke mana?
Umar menjawab dengan suara yang lantang, "Saya
ingin membunuh Nabi Muhammad."
"Awak tidak akan selamat dan dapat hidup dengan
aman sekiranya awak membunuh Nabi Muhammad," balas Nu'aim pula.
Umar terus berjalan pantas. Lalu Nu'aim berkata lagi,
"Tahukah awak, adik dan ipar awak sudah memeluk agama Islam?"
Umar terkejut mendengar berita itu lalu menggenggam
erat pedang di tangannya. Dia semakin marah lalu pergi ke rumah adiknya. Di
rumah itu kelihatan ada iparnya iaitu Khabab bin al-Art dan suami Fatimah iaitu
Saib bin Zaid. Khabab sedang membaca surah Thaha kepada Fatimah dan suaminya.
"Buka pintu ini cepat," sergah Umar dari luar
rumah Fatimah.
Fatimah, Saib dan Khabab terkejut lalu menyembunyikan
ayat al-Quran tersebut. Kemudian Khabab lari ke belakang rumah dan bersembunyi
di situ.
"Ada apa awak ke mari?" Tanya Fatimah kepada
Umar.
Pintu rumah dibuka. Umar pun masuk ke rumah adiknya.
"Tadi saya dengar ada suara lelaki di sini. Suara
itu membacakan sesuatu yang belum pernah saya dengar. Suara apakah itu?"
Tanya Umar dengan nada tinggi.
Fatimah dan suaminya berpandangan sesama sendiri.
Kemudian Fatimah berkata:
"Apa yang awak dengar tadi hanya perbualan
kosong sahaja. Kami berbual-bual perkara biasa. Tidak ada apa-apa yang perlu
awak tahu."
Umar semakin marah lalu berkata: "Sekarang ini
awak sudah pandai menjawab".
Saib cuba mengawal keadaan lalu berkata: "Wahai
Umar, saya ingin memberitahu awak bahawa agama yang awak anuti itu adalah tidak
benar."
Umar naik berang dan berkata: "Berani awak cakap
begitu.."
Umar melompat dan menampar muka Saib. Saib jatuh ke
lantai rumah lalu Umar datang memijak badan Saib.
"Sudah, sudah. Berhenti bergaduh," kata
Fatimah cuba menahan Umar dari terus menyiksa suaminya.
"Adik tidak kenang budi," Umar berkata lalu
menampar kuat ke muka Fatimah.
Tiba-tiba darah mengalir banyak daripada muka Fatimah.
"Apa yang saya lakukan. Wajah Fatimah luka parah.
Mengapa dengan saya ini. sanggup mencederakan adik saya sendiri," kata
Umar menyesal dengan perbuatannya itu.
Fatimah segera mengambil kain untuk mengelap darah yang
terus keluar dari mukanya itu.
Umar menyesal di atas perbuatannya.
"Maafkan saya Fatimah. Saya tidak dapat kawal
perasaan sebentar tadi," kata Umar kepada adiknya.
Kemudian Umar meminta adiknya lembaran ayat al-Quran
yang mereka baca tadi. Fatimah menyuruh abangnya membersihkan diri terlebih dahulu
sebelum memegang ayat al-Quran itu. Selepas itu Umar pun membaca surah Thaha.
Umar terpegun dengan keindahan ayat dari surah Thaha
itu
"Saya ingin berjumpa dengan Nabi Muhammad,"
kata Umar kepada adik dan iparnya.
Pada masa itu Khabab yang sudah lama bersembunyi di
belakang rumah muncul. Khabab pun berkata kepada Umar: "Syukur. Ini berkat
doa Nabi Muhammad. Nabi Muhammad sekarang berada di Darul Arqam di Shafa."
Umar bergegas menemui Nabi Muhammad. Sampai sahaja di
hadapan Nabi Muhammad, Umar pun memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah
syahadah.
"Terima kasih ya Allah. Akhirnya Umar mendapat
cahaya Islam," ujar Fatimah selepas abangnya itu memeluk Islam.
Umar akhirnya menjadi khalifah Islam yang kedua selepas
khalifah Abu Bakar as-Siddiq meninggal dunia..
MasyaAllah..
Andai betapa hebatnya kalian memandang seorang khalifah
yang bernama Umar al Khattab,,ketahuilah tertegaknya Islam dalam diri saidina
Umar adalah dgn bantuan Fatimah al Khattab..Subhanallah..maha suci Engkau ya
Allah yg memberikan petunjuk dan hidayah kepada sesiapa yg Engkau kehendaki.
Jadi..? ana rse xperlu la ingat blek dgn artis2 pujaan
duniawi tu..kite ade srikandi hebat untuk dijadikan inspirasi..
Jom..jom jadi
muslimah unggul dan ekslusif..sehebat srikandi perisai nabi..!
Mudah2an kita menjadi sehebat mereka dalam menegakkan
perjuangan Islam ini..
~wallahutaa’laa’lam~