Bismillahirrahmanirrahim
memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi..salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.
HATI IBARAT RAJA DALAM TUBUH
الا و ان فى الجسد مضغة اذا صلحت صلح الجسد كله و اذا فسدت فسد الجسد كله٠ الا و هي القلب
'ketahuilah..dalam jasad terdapat sekerat daging,bila
ia baik maka baik pulalah seluruh anggota tubuh,bila ia rusak,maka rusaklah
seluruh anggota tubuh,Ketahuilah bahwa ia adalah hati.''H.R.Bukhori-Muslim.
Hati orang Mukmin
ialah hati yang sihat &ceria.Manakala hati yang orang fasiq(berdosa) ialah
hati yang sakit dan resah. Dosa itu akan mengundang gelisah dalam jiwa.
Rasulullah s.a.w bersabda:
”Dosa
itu sesuatu yang mendatangkan resah dalam hatimu”.
Dosa ialah “virus” yang menyebabkan hati
sakit.Hati yang sakit mudah dikuasai oleh hawa nafsu yang ditunggangi
syaitan.Apabila “raja”(hati) dalam kerajaan diri sakit,ia akan turun
takhta,& naiklah “penjahat”(nafsu) sebagai penguasa baru yang akan sentiasa
mengajak diri kepada kejahatan.
Firman Allah s.w.t bermaksud:
“Sesungguhnya
hawa nafsu itu akan sentiasa mengajak ke arah kejahatan.”
surah Yusuf:53
dimanakah kita apabila berhadapan dengan
dosa?
1.Rasa
BERSALAH dengan dosa
Pertama kali berbuat dosa,hati akan diburu
rasa bersalah.Jiwa resah kerana diri menentang fitrah.Fitrah semulajadi manusia
adalah baik (sewaktu di alam roh & mula-mula dilahirkan di muka bumi ini).Jadi apabila fitrah ini di kotori,manusia
seolah-olah menentang hati kecilnya sendiri.
Atas dasar itu pakar psikologi mengakui bahawa setiap kali melakukan
kesalahan atau dosa,manusia akan diserang oleh rasa “guilty conscience”-rasa
bersalah.Kesalnya bukan main& sungguh merimaskan.Rasa bersalah itu memang
menyeksakan,sebab apabila berdosa manusia seolah-olah berperang dengan
dirinya sendiri.
2.Rasa
BIASA dengan dosa
Namun rasa berdosa itu tidak
lama.Jika dosa yang sama di buat kali kedua,ketiga dan seterusnya,rasa bersalah
itu akan hilang,sedikit demi sedikit.Lalu akhirnya,hati itu telah terbiasa
dengan dosa.Rasa bersalah tidak akan datang lagi.Ia disirna & dimamah oleh
kebiasaan dosa yang berulang-ulang.Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan & penyesalan tapi ditahap ini,tiada air mata lagi.
‘Alah bias tegal biasa.’
Hati telah tegar & rela untuk berdosa terus berdosa………
3.Rasa
SERONOK dengan dosa
Dosa itu “racun” yang disalut kemanisan & keindahan.Dosa yang di
lazimkan tidak akan terhenti kesannya
pada hati.
Pada tahap ini,diri manusia itu
sentiasa mengintai peluang & ruang untuk mlakukan dosa.Rasa ketagih dengan
maksiat,rasa gian dengan kemungkaran,menghantui hati.Racun dosa bertukar
menjadi nikmat.Tiada lagi rasa bersalah.Bisa dosa yang terbiasa ini menjelma
menjadi
fatamorgana nikmat yang berkubu kukuh di dalam hati.
4.Jadi PEMBELA kepada dosa
Nafsu tidak pernah puas.Kehendaknya tiada batas.Syaitan pula ialah musuh
yang tidak pernah tidur.Usahanya tidak pernah kendur.Lalu apabila syaitan
meluncur laju di lebuh raya nafsu dengan
kenderaan sifat-sifat mazmumah,hati yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk
maju setapak lagi.
Awas ,hati yang sakit lama-kelamaan akan menjadi buta.Hati yang berada
di tahap ini sangat keras kerana sifat mazmumah membarah menjadi syirik,kafir
& munafik.
Hati yg sakit itu perlu berubat dan dirawat.
1)
Bacalah al-Quran dan maknanya
Al – Quran merupakan kalam Allah yg
diturunkan melalui malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad yg menjadi manual dan
panduan kita umat manusia. Kadang hati kita tidak tenteram dan aman kerana
sesuatu musibah atau masalah yg dihadapi..
Maka
bacalah al-Quran kerana di dalam itu ad jwpn yg bisa menenangkan kita..
Apabila
kita mahu berbicara dengan Allah,angkatlah tangan berdoa..
Jika
kita mahu Allah berbicara kpd kita..bacalah al-Quran..kerna itu ialah dialog
Allah kpd kita..
Hayatilah.
Fahamilah
mksud nya supaya kita memahami ap yg Allah ingin bicarakan kepada kita..
2)
Solat Malam
Surah al- Isra’ : 97
“Hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu utk
solat tahajud, sebagai solat sunat untuk dirimu, mudah mudahan Tuhan akan
membangkitkan engkaun dalam kedudukan yang baik”
Rasulullah juga berkata bahawasanya org yg
pling kuat adalah org yg mendirikn solat malam..
Jadi,bangunlah
solat malam inshaAllah kamu akn diberi kekuatan oleh Allah..kerana disaat2
inilah Allah menunggu hamba2nya yang bangun mengangkat tangan memohon doa..Dirikanlah
solat tahajud,solat tasbih, solat hajat,solat taubat dan solat witir..
Jika susah juga,maka mulakanlah sekurang2nya
tahajud sebelum subuh..bila sudah biasa..tingkatkat momentum kita..inshaAllah..Allah
akn bantu.yakin.
3)Berkumpullah
dengan org soleh
Ini juga penting..supaya mendapat ketenagan
hati..supaya kita dapat menilai amal kita di mana..supaya menambah kekuatan
pada kita utk terus berusaha menjadi yg terbaik disisi Allah..
Contohnya ialah apabila kita bersama dengan
murobbi..kite duduk brsama dlm halaqah bersama
naqib/naqibah..
“Bersahabat dengan
penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala
bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Justeru berkumpullan dengan org yg
lebih baik dan lebih berilmu dengan kita supaya kita dapat meresap segala
kebaikan nya utk disalurkan kepada diri kita..inshaAllah,hati akan merasa lebih
bersih dan sihat..
4)
Banyakkan berpuasa
Banyakkanlah berpuasa..kerana dgn itu hati
kita lebih terdidik..
Dan ini jgklh merupakan cara kita utk
menundukkan nafsu..nafsu ini adlah perkara yg berada dalam diri kita yg paling
susah untuk ditumpaskan.jadi puasa adalah salah satu cara terbaik utk
menanganinya. Mungkin bukan dgn berpuasa sekali dua shj hndk benar2
melawannya..justeru perkataan inilah yg amat penting.Istiqamah.
Jiwa kita juga akan lebih bersih apabila
perut kosong..supaya kita sedar ada umat dan sadudar kite sendiri yg merasai kesusahan
dan kepayahan utk makan..sepanjang masa menahan lapar.maka puasa akan melahirkn
rasa simpati dan empati kita kpd mereka.
5)
zikir kepada Allah
Zikrullah.
(Al-Raad : 28)
“Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan
menjadi tenang”
Biasakanlah lidah basah melazimi berzikir..
Astaghfirullahalazim.Lailahaillallah.Lahaulawalaquwataillabillah.Subhanallah.alhamdulillah.Allahuakbar..
Rasullullah dahulupun beristigfar tidak kurang 70x setiap hari..
Berzikir lah di hadapan Allah dengan rasa
penuh kehinaan.rasa kerdil..
Supaya kita sedar bahawa kecilnya kita
dengan Allah..dan betapa nikmat dan rahmat Allah itu maha luas tersedia utk
kita..dan semoga hati kita sentiasa dibawah lindunganNya..
0 comments:
Post a Comment