kata-kata akhir Syed Qutb

Wednesday, October 26, 2011

Bismillahirrahmanirrahim

memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi..salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.


seandainya kau tangisi kematianku,
janganlah tangisan itu mematahkan semangat perjuanganmu,
kerna kita telah dijanjikan Allah dengan dua kemuliaan,
tergugur syahid di medan perjuangan atau meraih kemenangan,
teruskanlah perjuanganmu itu,
jangan ragu ragu dalam perjalananmu,
teruskanlah.. yakinilah..
teruskanlah.. yakinilah..
kita pasti berjaya..

seandainya kau tangis kematianku,
janganlah tangisan itu mematahkan semangat perjuanganmu,
kerna perjuangan memerlukan pengorbanan,
kerna pejuang tak mengenal kerehatan,
aturkanlah langkahmu dengan penuh keimanan,
suburkanlah jiwamu dengan segala keyakinan,
teruskanlah perjuanganmu itu,
jangan ragu ragu dalam perjalananmu,
teruskanlah.. yakinilah..
teruskanlah.. yakinilah..
islam pasti berjaya..

seandainya kau tangis kematianku,
janganlah tangisan itu mematahkan semangat perjuanganmu,
kerna kita telah dijanjikan Allah dengan dua kemuliaan,
tergugur syahid di medan perjuangan atau meraih kemenangan,
relakanlah pemergianku ini,
iringiku dengan seribu doa,
semoga kita kan berjumpa semula,
ditaman syurga Tuhan yang indah..

T_T

~sedikit yang mengingatkan lebih baik dari banyak yang melalaikan~


Hilangnya hikmah sebuah masjid

Tuesday, October 25, 2011
Bismillahirrahmanirrahim

memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi..salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

Kelibat beberapa pelancong melintasi di hadapan laluan kami..
Laluan yg sama ditujui..


Pintu Masjid jamek kuala lumpur.

“Assalamualaikum..mk cik,,kami nk tumpang bilik air sekejap yer”

Niat sbnrnye nk memaklumkan shj..bukan sbnrnye meminta kebenaran..

“gini yer adek2..sye nk bgtau, sbnrnye utk org2 awam tgh hari bru kite bg org masuk cni..sye ni bkn ape,nk bgtau ap yg sye tau jer”

Terus pandangan sye terfokus truspade pelancong2 yg baru disambut oleh mak cik ni td..

Dia sambung bicara “haa,,cume pelancong2 sahaja yg kite bg masok utk dorg tangkap gambar..”

HHhHhhhmmmmmmm...??

“oke xpelah yer makcik..”....dalam hati "sabar khai..sabar..."

Terdiam seketika..kami Islam, pegawai yg jaga itu juga Islam..nahh,,saudara seIslam kan kita?pergi ke masjid pula,tempat ibadah umat Islam..pusat kegiatan ummah juga disini..disini tempatnya ukhwah tercipta..

Tetapi kenapa kami tidak dibenarkn masuk..?

Org2 kafir pula yg mndapat keutamaan?

Sahabat2 tlg tell me why..

Adakah takut kecurian akan berlaku?
Jika ya..mgkin sya mampu untuk berlapang dada disitu..tetapi pada masa yg sama, kami tidak dibenarkan masuk,manakala group pelancong asing dapat pula kebenaran untuk masuk, lalu apakah maksudnya? Kami ini lebih meragukan drpd mereka kah?atau masjid ini keutamaannya untuk siapa?

Kalaulah ad org lain nk masuk untuk wat solat dhuha ke, di mana perlu nya didirikan ?

Baru2 ini ad sahabat mengadu pada waktu ramadhan lepas, shbt sye itu pergi ke sebuah masjid besar yg ternama untuk melakukan qiamullail di sana..namun niat ibadahnya itu tidak terlunas krn ad pegawai2 masjid tidak membenarkan mrk melakukan qiamullail sekiranya tidak mendapat kebenaran.melainkan mmg pihak masjid wat qiamullail,barulah boleh stay beriktikaf dan berqiammuallail disitu..

Sahabat2..ini yg saye risau..

Apabila masjid dan rumah2 Allah ini disalahfungsi kan..
Kita berbangga dengan front dan fizikaliti masjid dan binaan yang gahhh lagi kukuhh dan mantoppp..namun kite tidak memfungsikannya dengan baik..lalu dimana hikmahnya?

Rumah Ibadah kah atau penarik pelancong??

MASJID adalah RUMAH ALLAH untuk BERIBADAT.

Al-Quran menjelaskan fungsi masjid di dalam firman-Nya yang bermaksud:

"Nur hidayah petunjuk Allah bersinar dengan nyata (terutama sekali) di masjid sebagai tempat ibadat yang diperintah oleh Allah supaya dimuliakan dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (Ibadat dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya, yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan solat serta mengeluarkan zakat; mereka takut hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan." – (surah Al-Nur, ayat 36-37)


Bukanlah kite mahu menghalang orang2 luar untuk masuk..tetapi fikir2kan..UNTUK APA dan SIAPA masjid ini didirikan..

Yg menjadi isunya ialah apabila pegawai Islam sendiri tidak membenarkan masuk dan membenarkn pula yang ‘lain’ masuk..

Ada pula di masjid yg lain mengunci tempat2 dan ruang2 solat utama yang lain sehingga terpaksa bersujud di ruang luar dek kerana menjaga harta2 bernilai diddalamnya..mungkin tiangnya dari perak atau emas bertatahkan berlian  wallahua’alam..

Pengalaman sye sndiri bermusafir menunaikan solat di masjid negeri _ _ _ _ _ _ , ada makcik2 ajk surau tak benarkan menggunakan telekung yg terlipat dalam almari..sye ingt lg mak cik itu berkata smbil pegang pintu almari(sila bayangkan)

“jgn guna telekung2 ni,nnt kamu2 semua tak nak simpan balek”

Lihat,,comel dan munasabah sungguh alasan beliau.

Jika begitu, sye fikir tak perlulah letak telekung d citu,,bukan?

Inilah yg akan terjadi apabila sudah melebihkan dan mmfokuskan materialistik aspek dalam masjid..itu tk boleh guna dan ini tk boleh..

Bukanlah bermaksud sye menghalang pembangunan sebuah masjid..

Sye fikir itu adlh satu inisiatif yg amat murni untuk membangunkan atau memajukan sebuah masjid bg kemudahan n keselesaan umat Islam untuk beribadah..

Tapi apabila dibina dengan pembaziran melebihi fungsi asal..kubah dengan emas umpamanya..nahh ini yg perlu dipertimbangkan kembali..apabila kite megah dengan zahir masjid yg cantik,banyak pula yg telah diperuntukkan, oleh sbb inilah pihak autoriti masjid akan rasa VERY VERY INSECURE..takut kene curi itu, kene curi ini..rase gelisah,resah dan gundah..akhirnya?? peraturan ketat dikenakan sehingga mengenepikan fungsi sebenar masjid..

Cukuplah sebuah masjid itu cukup sekadarnya..tidaklah daif dan tidaklah bermegah2..cukup untuk melaksanakan ibadah dan kegiatan ummah di dalamnya..

lihat bagaimana Rasulullah membina masjid pada zaman baginda dahulu..?
Rasulullah dahulunya berhijrah dan membina masjid pertama iaitu masjid Quba’ dengan pelepah2 tamar shj bersama2 sahabat baginda..didirikan atas dasar taqwa..

Firman Allah subhanahua ta’ala dalam surah At-Taubah ayat 108 yang bermaksud :

‘ Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa ( Masjid Kuba’) sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang yang ingin membersihkan diri dan Allah menyukai orang-orang yang bersih’


Yang menambah kesdihan sye apabila melihat masjid dibina dlm jarak yg sgt hampir..dan bukan di satu kawasan shj sye penah lihat,bahkan d bbrape tempat juge..<<musafir tegar

Bukankah masjid itu salah satu fungsinya untuk menyatupadukan sesama saudara seislam?

Pembinaan masjid yg banyak tidak lain hanya memecahkan kesatuan kita..kenapa perlu bina byk2 sedangkn satu mampu memfungsikan hikmah?


sayang..

adalah lebih baik sekiranya peruntukan yg sgt byk utk masjid didistribusikan untuk ‘bangunkan’ ummah..tolong umat2 Islam, org2 yang dalam kesusahan, yg miskin, anak2 yg tak sekolah yg lapar dll..itu adalah lebih afdhal dan mulia daripada membina masjid yang tampak hebat dan dibina banyak2 di satu2 kawasan..

dan bertambah berdosalah kita sekiranya mampu membina masjid yang hebatt di tengah2 kawasan orang2 miskin yg dhaif dn kita pn sendiri tak amek tahu..

DAN sudah tentu tidak ada gunanya masjid megah tapi kosong, tidak ada orang imarahkannya..!

Rasulullah SAW bersabda:

”Akan datang suatu masa yang menimpa manusia; tidak ada Islam kecuali tinggal namanya saja, tidak ada Al Qur’an kecuali tinggal tulisannya saja, masjid-masjid mewah tetapi kosong dari petunjuk serta ulama’nya adalah orang yang paling jahat yang berada di bawah langit …” (HR. Al Baihaqi).

oleh itu shbt2 cuba renungkan dan hadamkan ini :-

Fungsi Masjid zaman Rasulullah SAW diantaranya:

1.     Pusat kegiatan keagamaan dan Ibadah (shalat dan zikir),
2.    Tempat pertemuan Umat Islam,
3.    Pusat dakwah dan pendidikan rohani,
4.    Tempat pembinaan remaja muslim,
5.    Tempat musyawarah,
6.    Tempat konsultasi dan komunikasi (ekonomi),
7.    Tempat santunan dan kegiatan sosial budaya,
8.    Madrasah ilmu,
9.    Tempat bermula gerakan taushiyah dan amar ma’ruf nahi mungkar,
10. Tempat latihan jasmani mengatur siasat usaha,
11.  Tempat pengobatan,
12. Tempat perlindungan yang aman,
13. Aula tempat menerima tamu dan persinggahan musafir.

jadi..fikir2kan sahabat..pesan kpd mak ayah,adek2,jiran2,ketua kampung,dan sapa2 yang sedang atau bakal jadi pemimpin..

KEMBALIKAN HIKMAH MASJID. AYUHH!!

~sedikit yang mengingatkan lebih baik dari banyak yang melalaikan~




pakaian yg terbaik itu pakaian taqwa

Tuesday, October 4, 2011

semester baru rezeki baru

Thursday, September 22, 2011

Bismillahirrahmanirrahim


memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi..salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.


Salam alayk    
Alhamdulillah..hampir 2 minggu berada di shah alam..masih di fakulti undang2..
Tanggungjawab yg lebih byk sudahpn menyambut sye di kampus ni..
inshaAllah 4 bulan’ di rumah dah cukup rehat dah..
so,here we go..

sem baru,
azam baru,
semangat baru,
bilik baru,
rumet baru,
spek baru..
ape lagi yg baru..?

rezeki baru..:)

kalau ad kalimah yg lebih tggi dari syukur akn ak ucapkan..tp kalimah alhamdulillah tu sendiri sudah cukup menterjemahkan rse syukur di hati..

Alhamdulillah..

Dan infinity trima kasih kpd mak ayah bg makhluk 4 roda ni..
Maha besar Allah telah menggerakkan hati mereka utk mmberi ak kereta ni..
betapa pentngnya kereta ni hanya Allah yg lebih tahu..


Nama sopan : shiro (mksud putih dlm jepun)
Nama panggilan : leman
Lahir : 27 ogos 2011
Tempat lahir : Petaling Jaya menetap di selayang
status : masih bayi dan bujang
Moto hidup : Berkhidmat untuk ummah!

Rezeki yg Allah bg,knela manfaatkan btol2..
inshaAllah..leman akan ditarbiyah cukup2..!:)

Pesan mak ayah : “bawak leklok..sopan sket kat jalanraye”
Oh apakah maksudnya itu..Allahutaala a’lam..

shbt2..doakan sye sentiasa selamat..:)




raikan kemenangan dengan jiwa yg BERSIH

Friday, September 2, 2011
Bismillahirrahmanirrahim


memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi..salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.


Selamat hari raya eidul fitri..
mohon maaf salah silap kpd semua yer..



Bersediakah kita untuk menerima jemputan..?

Wednesday, August 24, 2011

Bismillahirrahmanirrahim


memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi..salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.


Salam alayk..
Sebak jiwa sye bila berhdapan dgn 3 hari belakangan ni..
Suatu moment yg Allah nk tunjuk sesuatu..mgkin mahu mnyedarkn hambaNya yg lain..terutama sye..

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima bahagian.
1)hartanya untuk warisnya.
2)nyawanya untuk Malaikal Maut.
3)dagingnya untuk ulat-ulat.
4)tulangnya untuk tanah.
5)amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya.

3 hari berturut2 ad saudara jiran tetangga sye yg meninggal..

Mati tidak menunggu tua

sungguh..mati itu tdk menunggu apabila kita tua kelak..tidak menangguh waktu menanti kite taubat dahulu..dan sudah tentu tiada toleransi dengan malaikat maut apabila berhadapan dgnnya..ker boleh ajak dia lepak2 dulu tunggu seminit dua nk tobat jap..?TAK BOLEH..
kerana mati itu tidak akan lewat dan cepat hatta satu saat..ingat Malaikat mcm kite,,boleh tangguh2 nk wat perintah Allah..

2 hari lepas..saudara sejiran sye..dijemput ilahi..bro n sis,,arwah baru jer 21 tahun..pkul 8pagi mulai sakit dan 10 pagi meninggal dunia..sakit yg hanya dua jam itu boleh jadi musabab arwah utk kembali kepadaNya..kita bagaimana?hmm..sye juga baru 20 tahun..tp tiada siapa boleh jamin sye akan msih menghela nafas pada esok hari..

Makanya..di waktu inilah sye rase tiada mse utk sye enjoy2 keterlaluan n keterlampauan kpd perkara2 yg mmbawa kemungkaran..kerana mati saya sudah ditetapkan di lauhul mahfuz..waktunya sudah ditetapkan..kite xde kemampuan nk tahu..tp kn selalu dgr dialog maniiissss ini..

“nnt bila sudah sampai seru sye akn berubah yg lebih baik”
“i’m a model rite now..tp sye pcaye sye akn berubah dan mula akn pakai tudung nnt”

-sory 2 say,quoted dari segolongan artis-
NANTI LEPAS PERGI UMRAH..
NANTI LEPAS PERGI HAJI..
NANTI LEPAS KAHWIN..
Soalan dan kemusykilan saye ialah..yakinkah kita ade ‘NANTI’ ini untuk kite?
Handalnya kalau yakin..
Oleh sbb itu..shbat2,bro n sis smua yg disayangi kerana Allah taala..janganlah tnggu dah tua baru nk topap amalan2 wajib yg kita tinggalkn..jgnlah bazirkan masa muda kita..kerana hakikatnya mmg kita tak tahu bahawa adanya esok lg utk kita ataupun tidak..

“Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman, beramal soleh. Saling menasihati dalam kebenaran dan dalam kesabaran.”
Surah Al-Asr:1-4

Alfatihah kpd arwah..

Mati itu ujian Allah kpd hambaNya yg beriman

Semalam..seorang lagi jiranku yg pergi menghadap ilahi..
Antara orang yg plg rapat dgn keluargaku..demi Allah..ak amt syg akan insan ini..suatu tamparan bila ak menerima khabar ketiadaannya..ak sudah menganggapnya sprti atuk kndung ak sendiri stelah kedua2 atuk ak sudah tiada..ak memamggilnya ‘atuk burn’..walaupun tidak ada ikatan darah kekeluargaan..sungguh, dialah satu2nya jiran yg mesra,rapat yg selalu bertanya dan menegur ak..senyuman tidak pernah lekang dari wajahnya..wlpn ak sudah mngkat remaja spt ini..arwah masih mganggp ak sprti ak kanak2 dhulu..perlu ditegur..dibimbing..

Banyak sumbangan arwah pada surau sini..sewaktu dia jatuh sakit baru2 ni..bbrp kali ak rse xsedap hati..mahu sgt menziarahinya..ttp tdk diizinkan..smpailah berita ketiadaannya disampaikan oleh ayahku pd waktu berbuka..ak hanya mmpu menahan air mata aku ketika manjamah makanan..

Namun ketika ak sdg menaip bait2 ini..air mata tk dpt lg tertahan utk mngalir.. sebak krn smpai ke akhir hayatnya ak tdk sempat menziarahinya..

Tp apabila mengenangkan arwah merupakan haq Allah..hanya dipinjamkan olehNya utk diriku..utk keluargaku dan utk ummah dsini..maka ak redha pemergiannya..Allah berhaq atas segala2nya..Allah berhaq mengambil nyawa siapa2 yg kita sayang..Allah berhaq uji kita,uji keimanan kita..Allah mahu mengajar utk kita redha..terima ketetapannya..ambil iktibar darinya..

Maka jika kita redha..itulah manifestasi keimanan kita kpd Ilahi..

Sabda Rasulullah SAW:-
Apabila anak kepada seseorang meninggal dunia, maka berkatalah Allah kepada malaikatNya : “adakah engkau telah mngmbil nyawa anak hambaKu?”. Para malaikat menjawab : “Ya!” Lalu Allah berkata : “Adakah kamu telah mengambil nyawa buah hatiNya?” para malaikat menjawab: “Ya!” Lalu Allah bertanya : “Apalah yg diucapkan oleh hambaKu itu?” Para Malaikat menjawab : “Ia memujiMu dan ia mengucapkan ; INNA LILLAH WA INNA ILAIHI RAJI’UN.” Maka Allah berfirman : “Drikankanlah bg hambaKu ini sebuah mahligai oujian dan kesyukuran”

Alfatihah kpd haji Bakar..

Bersiap sedialah menghadapi mati

Ingatlah bahwa Rasulullah pernah menyatakan sesungguhnya org yg paling bijak itu adalah org yg mengingati mati..

Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati- Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya.

Apbila kita mengingati mati,maka kita akan bersiap dgn amal ibadah kita untuk berjumpa dgn Sang Pencipta..bertaqwa.kita lakukan ap yg Allah perintah dan tinggalkan ap yg Allah larang.

Dan hari ini..
Seorang lagi jiran ku pergi kembali ke alam baqa’..seorang nenek yg walaupn ak tdk begitu rapat dgnnya..namun ak mgenalinya..sdahpun berusia senja dan beberapa bulan terlantar di hospital..akhirnya hari ini dijemput ilahi..

Dan dlm beberapa bulan arwah berada di hospital..ade sekali arwah pulang kerumah sblum kemudian arwah sakit dan kembali ke hospital dan meninggal di sana..Allah beri rezeki utk arwah berjumpa dengan seluruh keluarga di rumahnya sebelum meninggal.. ahli keluarganya brkata..mrk sdh bersedia utk menerima kematian ni..aturan Allah itulah yg cantik..kita tidak tahu,cuma dapt berfikir dan ambil iktibar..

Semakin meningkat umur kita..semakin sdekat kita dengan kematian kita..dan semakin sedikit waktu kita utk beramal kpd Allah.. oleh krn itulah sye tdk rasa begitu ghairah meraikan hepi besday sye..ap yg sye rse patot adlh mnghargai ibu sye ketika hari itu tiba.. J.. dan semakin kita tua sepatutnya lebih hebt amaln kita kepd Allah supaya mampu menghadap Allah dalam keadaan yg diredhaiNya..

Maka kpd shbt2 sye yg masih muda ni..adlh tggjwb kte utk saling ingatkn dri kita yg makin menuju tua,,ingatkan adk2 kecil yg mereka jua akn menempuh hari senja dan ingatkn juga golongan yg lebih tua dri kite supaya bersama2 merapatkan diri dgn Allah..

Jangan jadi makin tua makennnnn..........*ok xpelah..feel free to fill in the blank

Moga2 arwah berada dalam kalangan org yg beriman..

Alfatihah..

Mati itu pasti

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Al-Imran: 185)

Sedarlah bahawa kehidupan kt dunia hanyalah sementara cuma..

Acapkali kite dgr kalimah2 sprti

“bro,hidup hanya sekali bro..chill la”

Kenapa eh xnak ckp “mati hanya sekali”..terma itu lebih tepat sye kire..
Sbb..hakikatnya..kita hidup bukan sekali..kita akan mati sekali dn  kemudian akan dihidupkan kembali berhimpun di padang mahsyar slps check point di alam barzakh utk same2 tunggu dihisab..waktu dihisab itu kite tak boleh lagi ckp

“chill lah..!”

“lepak2 dlu..”

Maka layarilah kehidupan ni dgn menganggap ia sbg suatu persinggahan menuju ke ‘kehidupan yg tidak mati2’ di Sana nnti..

Moga bingkisan kematian yg dikongsikan dapat menyedarkan sanubari kite bahawa mati itu sgt dekat..

Oleh kerana menyedari mati itu adalah pasti..sye ambil kesempatan utk memohon ampun dan maaf kpd shbt2 semua yer..mohon halalkan segala haq2 yg tdk tertunai sblum ini..

nyawa itu fana..mati itu pasti..

Innalillahi wa inna ilaihi Raji’un.

Same2 sye memohon mencuri sejenak waktu shbt2 utk sedekahkn alfatihah kpd sudara sejiran sye yg meninggal dlm 3 hari ini..mereka memerlukan ia..dan eloklah kirenya kte bykkn bersedekah di bulan barokah ini..moga Rahmat Allah bersama kalian..amin.
Syukran..
Wallahua’lam..

Salam menuju ke penghujung Ramadhan..!

~sedikit yang mengingatkan lebih baik dari banyak yang melalaikan~


I Believe..


Bismillahirrahmanirrahim

memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi..salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

Salam alayk..

sudah lame xupdate lgu2 nasyid yg baru,
alhamdulillah,beberapa hari lepas dptlh rezeki beli album irfan makki..
beli kt cni.. KEDAI NASYID ONLINE

inshaAllah..kite beri sokongan kt mrk,mrk akn truskan prjuangan dalam medan mrk..
we do our part,they do their part, let Allah do the rest =)



Nilah die album nye..
Sye prefer spe yg meminati maher zain perlu juga memiliki album ni..
Konsep yg sama..tema ketuhanan..dakwah dlm lagu..
muzik yg fresh..kalu dgr nye mmg style maher zain..sbb MZ yg wat arrangemnt muzik..

Antara sedap dlm album ni,lagu 
1)i believe,
2)you and 1, 
3)waiting 4 the call..
ad stu lagu dalam BM version..'mabrook'

Sye mengajak sahabat2 brothers n sisters google lagu2 tu..
Cuba dgr dan hayati liriknya..
Selamat mendengar..! J
Jom ‘silent karok’ ikut lirik di bawah ni..

Irfan makki ft maher zain – I believe

When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you
He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day

If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through
I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

I believe I believe, I believe I believe


Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi &amp;amp;amp; Irfan Makki
Melody: Irfan Makki &amp;amp;amp; Maher Zain
Arrangement: Maher Zain


hiburan yg baik mngikut garisan syariat mampu mengetengahkan keindahan Islam tu sendiri..kan..?

I BELIEVE..do you..??

~sedikit yang mengingatkan lebih baik dari banyak yang melalaikan~