Bismillahirrahmanirrahim
memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi..salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.
Kelibat beberapa pelancong melintasi di
hadapan laluan kami..
Laluan yg sama ditujui..
Pintu Masjid jamek kuala lumpur.
Pintu Masjid jamek kuala lumpur.
“Assalamualaikum..mk
cik,,kami nk tumpang bilik air sekejap yer”
Niat sbnrnye nk memaklumkan shj..bukan sbnrnye meminta
kebenaran..
“gini
yer adek2..sye nk bgtau, sbnrnye utk org2 awam tgh hari bru kite bg org masuk
cni..sye ni bkn ape,nk bgtau ap yg sye tau jer”
Terus pandangan sye terfokus truspade pelancong2 yg
baru disambut oleh mak cik ni td..
Dia sambung bicara “haa,,cume pelancong2 sahaja yg kite bg masok utk dorg tangkap gambar..”
HHhHhhhmmmmmmm...??
“oke
xpelah yer makcik..”....dalam hati "sabar khai..sabar..."
Terdiam seketika..kami Islam, pegawai yg
jaga itu juga Islam..nahh,,saudara seIslam kan kita?pergi ke masjid pula,tempat
ibadah umat Islam..pusat kegiatan ummah juga disini..disini tempatnya ukhwah
tercipta..
Tetapi kenapa kami tidak dibenarkn masuk..?
Org2 kafir pula yg mndapat keutamaan?
Sahabat2 tlg tell me why..
Adakah takut kecurian akan berlaku?
Jika ya..mgkin sya mampu untuk berlapang
dada disitu..tetapi pada masa yg sama, kami tidak dibenarkan masuk,manakala
group pelancong asing dapat pula kebenaran untuk masuk, lalu apakah maksudnya? Kami
ini lebih meragukan drpd mereka kah?atau masjid ini keutamaannya untuk siapa?
Kalaulah ad org lain nk masuk untuk wat
solat dhuha ke, di mana perlu nya didirikan ?
Baru2 ini ad sahabat mengadu pada waktu
ramadhan lepas, shbt sye itu pergi ke sebuah masjid besar yg ternama untuk
melakukan qiamullail di sana..namun niat ibadahnya itu tidak terlunas krn ad
pegawai2 masjid tidak membenarkan mrk melakukan qiamullail sekiranya tidak
mendapat kebenaran.melainkan mmg pihak masjid wat qiamullail,barulah boleh stay
beriktikaf dan berqiammuallail disitu..
Sahabat2..ini yg saye risau..
Apabila masjid dan rumah2 Allah ini
disalahfungsi kan..
Kita berbangga dengan front dan fizikaliti
masjid dan binaan yang gahhh lagi kukuhh dan mantoppp..namun
kite tidak memfungsikannya dengan baik..lalu dimana hikmahnya?
Rumah Ibadah kah atau penarik pelancong??
MASJID adalah RUMAH ALLAH untuk BERIBADAT.
Al-Quran menjelaskan fungsi masjid di dalam
firman-Nya yang bermaksud:
"Nur hidayah petunjuk Allah bersinar dengan nyata
(terutama sekali) di masjid sebagai tempat ibadat yang diperintah oleh Allah
supaya dimuliakan dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga
dikerjakan ibadat memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (Ibadat dikerjakan
oleh) orang yang kuat imannya, yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau
berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan solat
serta mengeluarkan zakat; mereka takut hari (kiamat) yang padanya
berbalik-balik hati dan pandangan." – (surah Al-Nur, ayat 36-37)
Bukanlah kite mahu menghalang orang2 luar
untuk masuk..tetapi fikir2kan..UNTUK APA dan SIAPA masjid ini didirikan..
Yg menjadi isunya ialah apabila pegawai
Islam sendiri tidak membenarkan masuk dan membenarkn pula yang ‘lain’ masuk..
Ada pula di masjid yg lain mengunci tempat2
dan ruang2 solat utama yang lain sehingga terpaksa bersujud di ruang luar dek
kerana menjaga harta2 bernilai diddalamnya..mungkin tiangnya dari perak atau
emas bertatahkan berlian wallahua’alam..
Pengalaman sye sndiri bermusafir menunaikan
solat di masjid negeri _ _ _ _ _ _ , ada makcik2 ajk surau tak benarkan menggunakan
telekung yg terlipat dalam almari..sye ingt lg mak cik itu berkata smbil pegang
pintu almari(sila bayangkan)
“jgn guna telekung2 ni,nnt kamu2 semua tak
nak simpan balek”
Lihat,,comel dan munasabah sungguh alasan
beliau.
Jika begitu, sye fikir tak perlulah letak telekung d
citu,,bukan?
Inilah yg akan terjadi apabila sudah melebihkan
dan mmfokuskan materialistik aspek dalam masjid..itu tk boleh guna dan ini tk boleh..
Bukanlah bermaksud sye menghalang
pembangunan sebuah masjid..
Sye fikir itu adlh satu inisiatif yg amat
murni untuk membangunkan atau memajukan sebuah masjid bg kemudahan n keselesaan
umat Islam untuk beribadah..
Tapi apabila dibina dengan pembaziran
melebihi fungsi asal..kubah dengan emas umpamanya..nahh ini yg perlu
dipertimbangkan kembali..apabila kite megah dengan zahir masjid yg
cantik,banyak pula yg telah diperuntukkan, oleh sbb inilah pihak autoriti
masjid akan rasa VERY VERY INSECURE..takut kene curi itu, kene curi ini..rase
gelisah,resah dan gundah..akhirnya?? peraturan ketat dikenakan sehingga
mengenepikan fungsi sebenar masjid..
Cukuplah sebuah masjid itu cukup
sekadarnya..tidaklah daif dan tidaklah bermegah2..cukup untuk melaksanakan
ibadah dan kegiatan ummah di dalamnya..
lihat bagaimana Rasulullah membina masjid pada zaman baginda dahulu..?
Rasulullah dahulunya berhijrah dan membina masjid pertama iaitu masjid Quba’ dengan pelepah2 tamar shj bersama2 sahabat baginda..didirikan atas dasar taqwa..
Firman Allah subhanahua ta’ala dalam surah At-Taubah ayat 108 yang bermaksud :
‘ Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa ( Masjid Kuba’) sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang yang ingin membersihkan diri dan Allah menyukai orang-orang yang bersih’
Yang menambah kesdihan sye apabila melihat masjid dibina dlm jarak yg sgt hampir..dan bukan di satu kawasan shj sye penah lihat,bahkan d bbrape tempat juge..<<musafir tegar
Bukankah masjid itu salah satu fungsinya
untuk menyatupadukan sesama saudara seislam?
Pembinaan masjid yg banyak tidak lain hanya
memecahkan kesatuan kita..kenapa perlu bina byk2 sedangkn satu mampu
memfungsikan hikmah?
sayang..
adalah lebih baik sekiranya peruntukan yg sgt
byk utk masjid didistribusikan untuk ‘bangunkan’ ummah..tolong umat2 Islam,
org2 yang dalam kesusahan, yg miskin, anak2 yg tak sekolah yg lapar dll..itu
adalah lebih afdhal dan mulia daripada membina masjid yang tampak hebat dan
dibina banyak2 di satu2 kawasan..
dan bertambah berdosalah kita sekiranya
mampu membina masjid yang hebatt di tengah2 kawasan orang2 miskin yg dhaif dn kita pn
sendiri tak amek tahu..
DAN sudah tentu tidak ada gunanya masjid
megah tapi kosong, tidak ada orang imarahkannya..!
Rasulullah SAW bersabda:
”Akan datang suatu masa yang menimpa manusia; tidak ada
Islam kecuali tinggal namanya saja, tidak ada Al Qur’an kecuali tinggal
tulisannya saja, masjid-masjid mewah tetapi kosong dari petunjuk serta
ulama’nya adalah orang yang paling jahat yang berada di bawah langit …” (HR. Al
Baihaqi).
oleh itu shbt2 cuba renungkan dan hadamkan ini :-
Fungsi Masjid zaman
Rasulullah SAW diantaranya:
1. Pusat kegiatan keagamaan
dan Ibadah (shalat dan zikir),
2. Tempat pertemuan Umat Islam,
3. Pusat dakwah dan pendidikan
rohani,
4. Tempat pembinaan remaja muslim,
5. Tempat musyawarah,
6. Tempat konsultasi dan komunikasi
(ekonomi),
7. Tempat santunan dan kegiatan
sosial budaya,
8. Madrasah ilmu,
9. Tempat bermula gerakan taushiyah
dan amar ma’ruf nahi mungkar,
10. Tempat latihan jasmani mengatur siasat usaha,
11. Tempat pengobatan,
12. Tempat perlindungan yang aman,
13. Aula tempat menerima tamu dan persinggahan
musafir.
jadi..fikir2kan sahabat..pesan kpd mak
ayah,adek2,jiran2,ketua kampung,dan sapa2 yang sedang atau bakal jadi pemimpin..
KEMBALIKAN HIKMAH MASJID. AYUHH!!
~sedikit yang mengingatkan lebih baik dari banyak yang melalaikan~
0 comments:
Post a Comment