Pegawai Tadbir N41 UKM 2016

Tuesday, February 23, 2016
*tajuk entri nak naik rating je..kih3

Bismillah..

akhirnya result utk jwtn seperti tertera di tajuk entri dah keluar..
dan aku assume aku xd rezeki untuk jawatan ini..
sbb member lain yg dtg interview tu ada dpt dah notification..
jadi mafhum mukhallafahnya hamba yg xdpt notification ni xdpt laa..

alhamdulillah a'la kulli hal
move on.
Allah bg rezeki pada hambanya dengan adil.
mgkin shbt2 lain ada yg lebih memerlukan posisi itu ataupun lebih layak..
for me, it's okay.
since i already have a plan ahead.

LLB lah kita jawabnya.
inshaALLAH.
tenang cket nak setelkan semua documentation.
bulan 9 ni. 
legal counsel to be amin inshaAllah.

kalaula dapat posisi ni..mgkin berkecamuk jugak sbb jadi serba xkena nk decide jadi pegawai tadbir ke nak jadi peguam.
jadi, mungkin ini adalah jalan yg Allah mudahkan.
*muka senyum

My Favourite Man

Thursday, February 18, 2016
Allah berfirman:


‘Dan para wanita mempunyai hak yg seimbang dgn kewajiban menurut cara yg baik akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan atas isterinya.” (Al Baqarah : 228)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yg bermaksud: 

“Kewajiban seorang suami terhadap isterinya ialah suami harus memberi makan kepadanya jika ia makan & memberi pakaian kepadanya jika ia berpakaian & tdk boleh memukul mukanya & tdk boleh memperolokkan dia & juga tdk boleh meninggalkannya kecuali dalam tempat tidur (ketika isteri membangkang).” (Riwayat Abu Daud)

menghampiri 2 tahun usia perkahwinan..
pelbagai warna dan rasa sepanjang perkahwninan ni..hihi biasalah tu..barula tak boring!
alhamdulillah..
Allah masih merahmati perkahwinan ini sehingga kini..
dan syukur..dikurniakan seorang anak lelaki yang comel, soleh dan bijak..
dah setahun 2bulan..
aku berharap keberkatan itu akan sentiasa diberikan oleh Allah terhadap keluargaku ini amin..

Road to 2nd Convocation

Wednesday, February 17, 2016
alhamdulillah

result dah keluar hari ini..
dan amatlah bersyukur dengan result yang Allah bagi..

alhamdulillah.
plg seronok dan bersyukur sebab dapat A untuk paper faraid..
rasanya inilah paper plg fokus dan plg banyak study untuk sem 2 ni..
seronoknya bila pandang result faraid ni rasa lebih berkobar2 nak teruskan dream to be a lawyer..
walaupun aku sedikit terkebelakang brbanding rakan sebatch..xpe..*pegang bahu sendiri

tunjuk satu dahler..


most of my batchmates is actually will having their 3rd convocation..because they have done their llb+chambering. n now this. for DLSA.
i'm happy for them n yah,, a bit jealous of them somehow.:)
well i'm gonna turn it in a good way.
it's okay, i may take a longer path than others..
but it doesn't mean that i'm not good enough right..?
*proudsmile

inshaAllah teman2..
doakan saya..
perasan membuak2 untuk menjadi peguam dtg menjengah kembali setelah seketika perasaan tu mati..
tp saya tahu saya nak nk jadi peguam haraki..
membantu perjuangan saya dan orang2 yang berjuang bersama dengan saya..
berkhidmat untuk jemaah Islam..

kalau TGHH ada masalah..
aku teringin nak berada di belakang dia wlpn mungkin jauh duk dibelakang..
sekurang2nya bila TGHH berpaling belakang..
I am there to stand.

dan inshaAllah.. dengan izin Allah
one day i will proudly said this

"I AM NOW A PROFESSIONAL AND I CHOOSE PAS"

jadi, tohmahan konon golongan profesional tiada tempat di dalam pas akan ku melesetkan jauh tersasar.JAUHHH...

inshaAllah..
inshaAllah..
inshaAllah..

We might not know what tomorrow will bring..semoga kita istiqamah dengan perjuangan Islam teman2..
pukul aku, tampar aku jika aku tidak istiqamah teman2.

Istiqamah itu Bukan Mudah

Monday, February 15, 2016
salam

took me long enough to update here.

saat rasa membuak paling kemuncak jari jemari ini mahu menulis.

melalui lapangan ini mungkin caraku untuk 'beruzlah' memuhasabahkan diri. kadang aku terasa down, bukak balek post2 lama..byk post2 baik yg dahulu aku istiqamah menukilkannya. walaupun ad yg poyo. tergelak jugak tgk gaya bahasa memule berblog..:)
tp masih, inila antara tempat yg diri ini terasa nyaman berada.

terus doakan saya sahabat supaya dapat menukilkan yang baik2 dan bermanfat sahaja di laman sendiri,

fuhh. here i go,,

last night until now..
perasaan kelam dan sendu tu masih lagi bersemadi dalam diri.
entah kenapa aku begitu sedih..aku agak dah aku akan sedih but to this extent,,hmm is very unexpected.
sebak, rabak, mcm2..
bila sahabat2 kita berjuang sama2, berguling2, kene maki sama2, susah payah, xde duit,cari dana, buat gerak kerja tak diberi ganjaran bsama2..
dan hari ini dia mngisytiharkan keluar dari perjuangan jemaah ini dan memilih parti satu lagi.
sungguh rabak hati ini ya Allah..
rabakk!
ahh,,memori2 lama tatkala bekerja sama2 mula datang satu persatu skang.

Allah..
xmampunya.. 
xtertanggungnya rabak hati ini..
butir2 mutiara di kelopak mata ini rasa mahu sahaja berjurai-jurai..

benarlah..
hati2 manusia itu Allah yang pegang..
kita yg marah, sedih di kala ini mungkin saja berubah jika dengan kehendakNya kan..
Naudzubillah..


فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
artinya: "Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah tobat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan".{ Q.S Hud 112 }


dan..
di kala aku menaip ni
seorang ukhti, kakak senior ku pula msg personal kepadaku..mohon left group yg sama.
aku kembali bertanya kenapa kpdnya walau ak dah mula mengagak..
dan ya.itulah realitinya

"can i just say i dont support pas anymore..."

tertoreh lagi perasaan ni Allah je tau..
kali ini xmampu dah nak tahan air mata..
minta maaf ya Allah..aku xmampu buat apa2 saat tu..
rasa lemah lutut nya..:(
astaghfirullah, ak langsung xmampu nak counter dia..
dan aku hanya menjawab 

"ok saya faham"

Allah..ampuni hamba..
hamba xmampu nak bawak berbincang dgn shbt2 mulimat yg memilih jalan lain..
dan aku redhakan shj keputusan itu dibulatkan..
tergamak aku.
tp tulah..begitu penat dan sedih rasanya xtertanggung..

aku hanya sedapkan hati sendiri dengan ayat cliche..

"kita masih sahabat kan?"

:(

really in tears right now Allah.

if only u guys dengar jeritan batinku 

"kembalilah shbt...kembalilahhhh"
"marila berjuang, marilah bergerak kerja, xberduit, gantung bendera, pergi mencula, pergi demo, pergi menadah kitab, g liqa' fikri,berasa sedih, sush senang bersama-sama..marilah sahabat2..marilahh.......kembalilah.."

:(

teman....yang ku panggil sahabat..
sabar lah teman2..kita masing2 terluka..dalam perjuangan ni..
kadang kita sedih..
kadang kita kecewa..
berjiwa besarlah sahabat2..
selagi dasar kita masih keredhaan Allah
selagi dasar meletakkan Allah dan Rasulullah sbg panduan utama..bersabarlah..

yang kalian marah,,yang kalian kecewa selama ini sebenarnya dengan manusia yang berasa di dalamnya..
manusia itu berubah dan silih berganti..
tp ketahuilah..dasar itu tetap sama jdi tetapkanlah diri kita di sana..
janganlah teman menambahkan perpecahan yang ada..
terlalu perit..
sungguh terasa sakitnya melihat shbt2 yg ku amat kasihi pergi meninggalkan bahtera ini..

Allahummasolli a'la Muhammad..
marahkah kau kpd kami yang berpecah belah ini andai kau masih ada ya Rasulullah..
Allah..xsanggup aku membayangkannya..

aku berdoa..
dan akan terus berdoa..
semoga Allah sentiasa memelihara jemaah ini..
semoga Allah sentiasa menjaga alim ulama' di dalam jemaah ini..kuatkan mereka.
semoga Allah kembalikan sahabat2ku di medan juang ini..
kerana..
banyak lagi perkara zalim dan thaghut  perlu kite lawan..

yang dahulu bersatu kini dipecahnya lagi..
hati yang keras bisa dilmbutkan kembali..
mudah2an..
dengan izin Allah.

aku menunggu kalian sahabat2..
aku menunggu dan menunggu..
satu hari kalian kembali aku pasti menyambut kalian dngan senyuman paling manis..

mai sini balek ya.
jangan lama2 duk sana..

RINDU.

Ya muqallibal qulub,thabbit qulubana Ala dinika wa ala to'atik. 
Oh Tuhan yg membolak-balikkan hati,tetapkanlah hatiku dlm agamamu & ketaatan.