kata-kata akhir Syed Qutb

Wednesday, October 26, 2011

Bismillahirrahmanirrahim

memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi..salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.


seandainya kau tangisi kematianku,
janganlah tangisan itu mematahkan semangat perjuanganmu,
kerna kita telah dijanjikan Allah dengan dua kemuliaan,
tergugur syahid di medan perjuangan atau meraih kemenangan,
teruskanlah perjuanganmu itu,
jangan ragu ragu dalam perjalananmu,
teruskanlah.. yakinilah..
teruskanlah.. yakinilah..
kita pasti berjaya..

seandainya kau tangis kematianku,
janganlah tangisan itu mematahkan semangat perjuanganmu,
kerna perjuangan memerlukan pengorbanan,
kerna pejuang tak mengenal kerehatan,
aturkanlah langkahmu dengan penuh keimanan,
suburkanlah jiwamu dengan segala keyakinan,
teruskanlah perjuanganmu itu,
jangan ragu ragu dalam perjalananmu,
teruskanlah.. yakinilah..
teruskanlah.. yakinilah..
islam pasti berjaya..

seandainya kau tangis kematianku,
janganlah tangisan itu mematahkan semangat perjuanganmu,
kerna kita telah dijanjikan Allah dengan dua kemuliaan,
tergugur syahid di medan perjuangan atau meraih kemenangan,
relakanlah pemergianku ini,
iringiku dengan seribu doa,
semoga kita kan berjumpa semula,
ditaman syurga Tuhan yang indah..

T_T

~sedikit yang mengingatkan lebih baik dari banyak yang melalaikan~


Hilangnya hikmah sebuah masjid

Tuesday, October 25, 2011
Bismillahirrahmanirrahim

memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi..salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

Kelibat beberapa pelancong melintasi di hadapan laluan kami..
Laluan yg sama ditujui..


Pintu Masjid jamek kuala lumpur.

“Assalamualaikum..mk cik,,kami nk tumpang bilik air sekejap yer”

Niat sbnrnye nk memaklumkan shj..bukan sbnrnye meminta kebenaran..

“gini yer adek2..sye nk bgtau, sbnrnye utk org2 awam tgh hari bru kite bg org masuk cni..sye ni bkn ape,nk bgtau ap yg sye tau jer”

Terus pandangan sye terfokus truspade pelancong2 yg baru disambut oleh mak cik ni td..

Dia sambung bicara “haa,,cume pelancong2 sahaja yg kite bg masok utk dorg tangkap gambar..”

HHhHhhhmmmmmmm...??

“oke xpelah yer makcik..”....dalam hati "sabar khai..sabar..."

Terdiam seketika..kami Islam, pegawai yg jaga itu juga Islam..nahh,,saudara seIslam kan kita?pergi ke masjid pula,tempat ibadah umat Islam..pusat kegiatan ummah juga disini..disini tempatnya ukhwah tercipta..

Tetapi kenapa kami tidak dibenarkn masuk..?

Org2 kafir pula yg mndapat keutamaan?

Sahabat2 tlg tell me why..

Adakah takut kecurian akan berlaku?
Jika ya..mgkin sya mampu untuk berlapang dada disitu..tetapi pada masa yg sama, kami tidak dibenarkan masuk,manakala group pelancong asing dapat pula kebenaran untuk masuk, lalu apakah maksudnya? Kami ini lebih meragukan drpd mereka kah?atau masjid ini keutamaannya untuk siapa?

Kalaulah ad org lain nk masuk untuk wat solat dhuha ke, di mana perlu nya didirikan ?

Baru2 ini ad sahabat mengadu pada waktu ramadhan lepas, shbt sye itu pergi ke sebuah masjid besar yg ternama untuk melakukan qiamullail di sana..namun niat ibadahnya itu tidak terlunas krn ad pegawai2 masjid tidak membenarkan mrk melakukan qiamullail sekiranya tidak mendapat kebenaran.melainkan mmg pihak masjid wat qiamullail,barulah boleh stay beriktikaf dan berqiammuallail disitu..

Sahabat2..ini yg saye risau..

Apabila masjid dan rumah2 Allah ini disalahfungsi kan..
Kita berbangga dengan front dan fizikaliti masjid dan binaan yang gahhh lagi kukuhh dan mantoppp..namun kite tidak memfungsikannya dengan baik..lalu dimana hikmahnya?

Rumah Ibadah kah atau penarik pelancong??

MASJID adalah RUMAH ALLAH untuk BERIBADAT.

Al-Quran menjelaskan fungsi masjid di dalam firman-Nya yang bermaksud:

"Nur hidayah petunjuk Allah bersinar dengan nyata (terutama sekali) di masjid sebagai tempat ibadat yang diperintah oleh Allah supaya dimuliakan dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (Ibadat dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya, yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan solat serta mengeluarkan zakat; mereka takut hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan." – (surah Al-Nur, ayat 36-37)


Bukanlah kite mahu menghalang orang2 luar untuk masuk..tetapi fikir2kan..UNTUK APA dan SIAPA masjid ini didirikan..

Yg menjadi isunya ialah apabila pegawai Islam sendiri tidak membenarkan masuk dan membenarkn pula yang ‘lain’ masuk..

Ada pula di masjid yg lain mengunci tempat2 dan ruang2 solat utama yang lain sehingga terpaksa bersujud di ruang luar dek kerana menjaga harta2 bernilai diddalamnya..mungkin tiangnya dari perak atau emas bertatahkan berlian  wallahua’alam..

Pengalaman sye sndiri bermusafir menunaikan solat di masjid negeri _ _ _ _ _ _ , ada makcik2 ajk surau tak benarkan menggunakan telekung yg terlipat dalam almari..sye ingt lg mak cik itu berkata smbil pegang pintu almari(sila bayangkan)

“jgn guna telekung2 ni,nnt kamu2 semua tak nak simpan balek”

Lihat,,comel dan munasabah sungguh alasan beliau.

Jika begitu, sye fikir tak perlulah letak telekung d citu,,bukan?

Inilah yg akan terjadi apabila sudah melebihkan dan mmfokuskan materialistik aspek dalam masjid..itu tk boleh guna dan ini tk boleh..

Bukanlah bermaksud sye menghalang pembangunan sebuah masjid..

Sye fikir itu adlh satu inisiatif yg amat murni untuk membangunkan atau memajukan sebuah masjid bg kemudahan n keselesaan umat Islam untuk beribadah..

Tapi apabila dibina dengan pembaziran melebihi fungsi asal..kubah dengan emas umpamanya..nahh ini yg perlu dipertimbangkan kembali..apabila kite megah dengan zahir masjid yg cantik,banyak pula yg telah diperuntukkan, oleh sbb inilah pihak autoriti masjid akan rasa VERY VERY INSECURE..takut kene curi itu, kene curi ini..rase gelisah,resah dan gundah..akhirnya?? peraturan ketat dikenakan sehingga mengenepikan fungsi sebenar masjid..

Cukuplah sebuah masjid itu cukup sekadarnya..tidaklah daif dan tidaklah bermegah2..cukup untuk melaksanakan ibadah dan kegiatan ummah di dalamnya..

lihat bagaimana Rasulullah membina masjid pada zaman baginda dahulu..?
Rasulullah dahulunya berhijrah dan membina masjid pertama iaitu masjid Quba’ dengan pelepah2 tamar shj bersama2 sahabat baginda..didirikan atas dasar taqwa..

Firman Allah subhanahua ta’ala dalam surah At-Taubah ayat 108 yang bermaksud :

‘ Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa ( Masjid Kuba’) sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang yang ingin membersihkan diri dan Allah menyukai orang-orang yang bersih’


Yang menambah kesdihan sye apabila melihat masjid dibina dlm jarak yg sgt hampir..dan bukan di satu kawasan shj sye penah lihat,bahkan d bbrape tempat juge..<<musafir tegar

Bukankah masjid itu salah satu fungsinya untuk menyatupadukan sesama saudara seislam?

Pembinaan masjid yg banyak tidak lain hanya memecahkan kesatuan kita..kenapa perlu bina byk2 sedangkn satu mampu memfungsikan hikmah?


sayang..

adalah lebih baik sekiranya peruntukan yg sgt byk utk masjid didistribusikan untuk ‘bangunkan’ ummah..tolong umat2 Islam, org2 yang dalam kesusahan, yg miskin, anak2 yg tak sekolah yg lapar dll..itu adalah lebih afdhal dan mulia daripada membina masjid yang tampak hebat dan dibina banyak2 di satu2 kawasan..

dan bertambah berdosalah kita sekiranya mampu membina masjid yang hebatt di tengah2 kawasan orang2 miskin yg dhaif dn kita pn sendiri tak amek tahu..

DAN sudah tentu tidak ada gunanya masjid megah tapi kosong, tidak ada orang imarahkannya..!

Rasulullah SAW bersabda:

”Akan datang suatu masa yang menimpa manusia; tidak ada Islam kecuali tinggal namanya saja, tidak ada Al Qur’an kecuali tinggal tulisannya saja, masjid-masjid mewah tetapi kosong dari petunjuk serta ulama’nya adalah orang yang paling jahat yang berada di bawah langit …” (HR. Al Baihaqi).

oleh itu shbt2 cuba renungkan dan hadamkan ini :-

Fungsi Masjid zaman Rasulullah SAW diantaranya:

1.     Pusat kegiatan keagamaan dan Ibadah (shalat dan zikir),
2.    Tempat pertemuan Umat Islam,
3.    Pusat dakwah dan pendidikan rohani,
4.    Tempat pembinaan remaja muslim,
5.    Tempat musyawarah,
6.    Tempat konsultasi dan komunikasi (ekonomi),
7.    Tempat santunan dan kegiatan sosial budaya,
8.    Madrasah ilmu,
9.    Tempat bermula gerakan taushiyah dan amar ma’ruf nahi mungkar,
10. Tempat latihan jasmani mengatur siasat usaha,
11.  Tempat pengobatan,
12. Tempat perlindungan yang aman,
13. Aula tempat menerima tamu dan persinggahan musafir.

jadi..fikir2kan sahabat..pesan kpd mak ayah,adek2,jiran2,ketua kampung,dan sapa2 yang sedang atau bakal jadi pemimpin..

KEMBALIKAN HIKMAH MASJID. AYUHH!!

~sedikit yang mengingatkan lebih baik dari banyak yang melalaikan~




pakaian yg terbaik itu pakaian taqwa

Tuesday, October 4, 2011