memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi..salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.
Kira2 setahun yang lalu..di kampus..
sebok mnguruskan keputusan undian..
Aku melihat wajah junior2 yang berada dihadapanku..seusai sesi pilihanraya dan keputusan jawatan telahpun kluar..
merekalah pewaris baru memegang tampuk kepimpinan kmpus mnggantikan ak dn yg lain2..mreka nmpak gembira sesuai dgn sifat kanak2 ribena yg masih berbaki dri zaman sekolah yg bru dorg tnggalkn..
“tahniah dan takziah adek2 atas jawatan”
Rata2 buat muka pelik.tak lama.ad yg respon.
“haaa..??takziah???”
Wah..ak double pelik kenapa dorg pelik..jadi saling me’melik’ dctu..maka diterangkan..
“dek,,tahniah krn berani menggalas tggjwb utk brbakti pd warga kampus..takziah,,sbb ini adlh sesuatu prkara yg berat yg sdh smestinya ditanya oleh Allah di akhirat kelak”
Angguk setuju masing2 dan..
“ooo....”
Ak faham juga sebenarnya knp mrka tak faham n tak jelas..kdg2 bila dah menang p/raya nih,seronok tu pon yer jgak..tk terfikir sbnrnye tlhpn tercatat satu perkara yg akn ditanya di akhirat nnti..
Dan yg tk nmpak n blurr pon ade..hepi jah..
Sumepn bergantung pada bbrp benda basic la utk pegang amanah ni..
1)ilmu 2)kefahaman 3)semangat n plg pntg 4)niat
Ramai org hari ni suka menjadi pemimpin..mengejar pangkat dan darjat..
Famous amos kan jadi pemimpin ni..
Tapi..tapi..
Disebalik konsep kepimpinan ni tidak boleh lari dengan satu perkara ni.
AMANAH.
atau tanggungjawab..haq2 yg perlu ditunaikan
3 hari lepas ak hadir ke satu ceramah..berkisar pasal amanah juga..
Kata ustaz tu..
“amanah ini merupakan penyesalan di dunia dan penyiksaan di akhirat”
Tersentap qalbu mendgr..
mnangis juga kdg terkenang zaman sekolah dulu..zaman jahil memegang tampuk utama kepimpinan organisasi kt sekolah dlu..sgt jahil..rasanya time tu pegang jawatan sbb nak bertambah femes n dsyangi cekgu2 n anak2 buah..lillahitaala?ak tk rase ak memikirknnya time tu..betapa jahil sungguh..ak ingat lgi..ketika form 5..byk sgt meeting ak kelolakn..dalm sbulan seingat ak msti dalm 2-3 kali wat mesyuarat baik secara semua ahli mahupn ahli2 trtinggi..aku tak pernah memulakan majlis dgn al-Fatihah dan akhirkan dgn surah an-asr dan kafaratul majlis..Allahu Rabbi..bila terkenang,,kerdil sungguh..tkde keberkatan...sbb?niat jadi ketua pgawas bukan krana Allah..
kerana ape tu..?
kebarangkalian :-
1)nak femes
2)nak semua org sayang
3)sbb rase xd org lain yg layak
Riak!takbur belaka!..yg plg dikesali..spjg setahun memegang tampuk kepimpinan utama..ak kira tkde langsung keberkatan spnjg ak memimpin ..
Natijahnya?
Sungguh..mmg ada..kun fayakun..setelah ak diselesakn dgn beberapa jawatan yg tertinggi d bbrpe organisasi di sekolah dahulu..brbekalkn bbrpa siri kejayaan n kmnengan bbrp prtndingn yg mngharumkn nama sekolah..aku fikir ak ckup hebat..ckup bagos..
namun..kuasaNya lebih agung..
suatu hari,ketika mne rase nama di tahap selesa dn dikenali,,Allah gagalkan ak pada satu program besar..sgt besar..nama ak naik..tp kali ini..bkn lg krn disanjung tp krn kegagalan ak sbg tonggak..kesannya sgt mendalam..hingga hari ini terase kesannya..
Bila rasa malu pada manusia sekeliling..barulh timbul malu pada Yang Esa..
Malu kerana byk isu tak setel..
1)niat tidak ikhlas
2)amanah dipandang enteng
3)konsep berjemaah = zero
4)konsep takmil wa istakmal antara sesama pimpinan n penyelaras hampir tiada
Jadi..bertepatanlah jika tidak dapat raih redha dan restuNya dalam menunaikan amanah dan haq kepada yang berhaq..maka tunggulah peringatan Allah kpd kamu..itupun kalaulah cash..spt yg ak terima..kalau di akhirat nnt..?wallahua’lam...
Maka..kpd sang pemimpin sekalian..niatlah kerana Allah taa’la..dan kepimpinan bukan satu kebanggaan..ianya satu TANGGUNGJAWAB yang harus ditunaikan..!
Alat bukan matlamat
"eh..ak nak masuk persatuan tu la..ade can leh dpt jawatan"
"kau nk jwtan ker..?"
"nak la..penting ni utk ak aktif sem ni,,kupon utk ak stay kolej..and markah 10% kokurikulum aku..ak nk kerja nnt,mudahlah nk dpt"
hmm..pernah terfikir n terdialog begini..?
ak pernah jugak terniat begini dulu..
mujur Allah selamatkan takdpt ape jawatan..
bila jawatan menjadi matlamat dan tujuan kita..
xpayah ckp konsep ikhlas la..
zalimnye kite..
selfishnya kite..
mngambil 'jawatan' tp tak mahu mngambil 'tuntutan'..
mahu presiden,timbalan presiden atas nama..
muka terpampang di board sana sini..
nama disebut2..
org menyanjung2..hormat pd kita..
inikah matlamat utama yg kita dambakan..?
Naudzubillahimindzalik.jauhkan.
tajdidkan niat kita..
“Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu berlaku adil.” (Surah An-Nisa’, ayat 58).
sungguh..
aku xnmpak ap yg begitu boleh dibanggakan mendapat tanggungjawab yg sebegini berat..
seharusnya kita risau..bimbang..
setiap ap yg kite buat akan ditanya Allah kelak..
"wahai si folan2..bila kau menjadi ketua dulu,ap yg kau buat..?"
"wahai si folan2, tika kau jadi ketua dulu,adakah kau laksanakan syariatKU dan sunnah RasulMu..?"
Allah..kalaulah senang dpt beri jawapan tatkala lidah dan mulut terkunci tatkala di tanya..
jadi fikirkan kembali kalau itu tujuan kita..
jangan pandang mudah nk laksanakan amanah..
Bila dah jadi ketua..bila dah pasang niat..maka jadikanlah kepimpinan yg kita pegang itu sebagai satu alat..satu wasilah..satu medium..
medium utk merealisasikan tujuan kita mnjadi pemimpin..untuk :-
1)membela Islam
2)menguruskan dunia dgn sebaik2nya
Adil itu kunci utama..
Sandarkan segala keputusan kepada al-Quran dan as-Sunnah..
bukan undang2 manusia..
apatah lagi undng2 nafsu sendiri..
ya..Jadi pemimpin tak semua suka.
mgkin bertambah lg jika kita mendahulukan syariat Allah..
boleh nmpak dgn situasi skrg..
aku jua pernah melaluinya..
"diherdik,difitnah,diserang emosi..semuanya dalam satu masa"
tp ak bersyukur aku berani utamakan Allah pde ketika itu..
pada ketika ak keseorgan brhdpn dgn yg ramai.
Itu realiti.
dan itulah harga yg perlu dibayar sekiranya benar kalimah Allah itu prioriti kita dlm memimpin.
lihatlah perjuangan Hassan al-Banna sehingga beliau syahid ditembak mati..
hayatilah perjuangan Syed Qutb hingga bertemu tali gantung di akhirnya..
sekiranya timbul persoalan keredhaan manusia vs keredhaan Allah
Maka yg manakah yg harus kita aula/utama kan?
Ingat..keredhaan manusia tak bawa ke mana..sekitar dunia saja..keredhaan Allah yng menentukan darjat kita d dunia dn akhirat..ya,mungkin urusan dunia kita rasa mudah,kita dsenangi..tp mudah didunia dek kerana mngutamakan pndangn n keredhaan manusia tak menjamin kemudahan kita di akhirat kelak..percayalah.
Jadi ingat!..buat kerja kerana Allah, insyaAllah Allah bg kita dunya wal akhiroh..kerna barokah wa mawaddah itu hanya mutlaknya dtg dariNya.Hanya DARINYA.
biar tatkala kita jadi pemimpin..kita menegakkan hukum Allah..kita dicemuh..kita dihina..kita difitnah..dan kita hilang isi dunia seluruhnya..
tp ketahuilah..hilangnya isi dunia itu..akhirat kelak,,kita akan mendapat seluruh isi nya dgn kesudahan yg baik..
Jika ini kita dapat faham..sudah tentulah mudah kta mahu pimpin manusia dan org di bawah kte dgn membawa mereka kejalan Allah..maka terbinalah satu environment dakwah dan biah solehah mula menular..masyaAllah..hebatkan..tp sudahkah persekitaran kita menerima biah atau keadaan sebegini..belom..maka disebabkn kondisi inilah kte mggunakan amanah yg kta ad sbgai satu jenis platform utk kte terbitkan satu biah islamiyah..kta berdakwah dan melaksanakan hukum Allah melalui ini..
kitalah yg kne menegakkannya..
jdi penting ad gabungan konsep ini dgn kalimah LILLAHITAALA..
kuasa+niat+matlamat+perlaksanaan
Kalu ikhlas semata keranaNya..
Maka,sudahlah jelas lgikan bersuluh oleh lampu jalanan mahupun spot light stadium bahawasanya kepimpinan ini adalah satu metode..bukan matlamat atau tujuan!
And the role model is..
Sudah pasti Rasulullah adalah contoh terbaik..
Segenap aspek Rasulullah merupakan pemimpin terulung..
Bagindalah Rasul,bapa,sahabat,sepupu,jiran,saudara,pemimpin negara..
Hebat Rasulullah..semuanya terpimpin di bawah pimpinan baginda..
Sbb ap Nabi hebat?
Sume sgenap aspek kepimpinan baginda jaga..baik dri benda2 yg basic dan simple..
Cth mcm dri segi fizikal..Nabi seorang yang sehat dan tough!
Haa..kdg2 pemimpin ni hebat mentadbir tp the other side tak reti plak nk uruskan diri sendiri sbb sibuk uruskan org lain..ni kejadian biasa ni..termasuklah sye..sebuk sana sni..berkejar sana sni..diri sendiri dilupakan..ish3..jgn foloww..
Bila kita sebuk uruskan amanah kita..setelkan haq2 org..bukan tak bgos..bgos doh tu..cume bila smpai kita lupekan diri..rutin tunggang tebalik..smpai kesihatan tk terjaga..tidur ntah kemana..benda ni akan efek fizikal kte..n kite akan jatuh sakit at last..kan?maknenye ape..?xsempurna perlaksanaa amanah kte..bcoz..?mgkin haq org setel tp kte menzalimi dri sendiri..padahal kte ni adlh haq Allah,,mata, hidung, badan sume milikNya..klu kte sngaja mnzalimi dri sndiri..tdkkah brmakna kte mnzalimi Allah juge..?haa..nmpak sifir tuh..kalu Allah murka pd kte..maka xdelh kberkatan dlm kte menunaikan amanah..kan..jadi..
Kne jadi tough mcm Nabi..xboleh jadi lemah,lembut,lembik dan lembab!kene fit dan sehat!
Rasulullah dulu mandi baginda siram dari kepala jatuh trus ke tanah..makna kate nye nk menunjukkan fizikal Nabi yg fit..kita mandi?mgkin tersekat kat perot airnya..sbb terlebih tough kat situ..Allah..makan byk sgt..
Lagi satu..dalm kelam kabut dan bz wat amanah..kdg2 tidur tk terjaga..kan!(terasa nih)
Ni efek long term..kne tegas dgn diri..pkul bpe nk tdo..pukul bape nk wat urusan dll..kalau tak..kuliah esok pagi mmg syaheeeeeed..
Sdgkan Rasul kite xpernah tidur dalam ap2 kuliah..
Hebat fizikal Nabi..
Kte kene contohla..huhu..jge makan..jge badan...
Nk ckp pasal adab n akhlak kepimpinan dri Nabi mgkin kte dah biasa dgr..jdi..ambil penting juge bab fizikal ni sama mcm ciri2 kepimpinan yg Rasulullah bawak..
Byk lgikan teladan yg boleh ambil dri Rasulullah..nk kongsi pjg lebar mgkin tak mampu nk sentuh secara syumul..mgkin ini beberapa yg boleh ambil ibrah..
Lg 1..pemimpin muda mudi..
jadilah pemimpin yng pandai diplomasi n penuh strategi..
Mcm Rasulullah juga ketika peristiwa hijrah..
1) meminta saidina Ali menggantikan tmpat tdur baginda
2)keluar hijrah di tgh malam bersama S. Abu Bakar
Ini biasa kte dgr ustaz2 ustazah ckp kan..tp tahu tak baginda juga meminta tlg dri beberapa org utk menjayakan misi baginda berhijrah baginda ke madinah..antaranya asma Abu bakar yg menghantar mknan,abdullah abu bakar,amir b fuhairah dan seorg kafir..
Yer..Nabi mohn prtlgn org kafir..Abdullah B Uraiqit namanya..penunjuk jalan kpd Nabi dan Abu Bakar..
Nahhhhh..ini pntg nk ingtkn..jgnkan kte pemimpin yg membawa kalimah Allah..memahami tuntutan al-Furqan dan as-sunnah tidak reti berdiplomasi dgn org tidak seagama kita..jangan jadi jumud..Islam itu aman..mereka yg kafir juga berhak merasai betapa aman dan sejahteranya Islam..jadi tunjukkan..!
"Jika mereka orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan) maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah daripada mereka" sampai kepada "Dan jika kamu memutuskan perkara mereka maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil."
(Surah Al-Maidah ayat 49)
Islam itu cantik dan cukup syumul utk kte mnjadi pemimpin..jgn sempitkn ia..
Hayatilah bagaimana Rasulullah mnjadi pemimpin terulung..
Antara taat dan patuh
Surah an-Nisa : 59
“Hai orang-orang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, dan kepada pemimpin diantara kamu. Jika kalian berselisih dalam sesuatu maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul-Nya (As-Sunnah)
Nk menafsirkan secara terperinci bukanlah bidang sye..
Cuma sekadar perkongsian melalui ap yg sye dpt di salah satu ceramah agama ..
Kalam Allah ni adlh mengenai ketaatan..
Yg pertamanya kpd Allah..maksudnya menyatakan Allah sebagai kepimpinan utama dan sebagai tonggak dan puncak ketaatan..sbgai org Islam..wajiblah kte taat kpd Allah dlm ap jua keadaan..
Yg keduanya kpd Rasulullah..bermaksud kita taat kpd apa yg dibawa oleh Rasulullah yg menjadi utusan Allah SWT..dan menunjukkan setia kita dalam melaksanakan sunnah dan segala apa yang diajar oleh baginda..Selepas Allah dan Rasul..maka seterusnya yg disebutkan ialah ulil amri atau pemimpin dalam kalangan kamu..
Makna kata..adlah menjadi tuntutan kepada kita utk taat kepada pemimpin kta..SELAGI..tidak bercanggah dengan syariat Allah..krn..
TIADA KETAATAN KEPADA PERKARA YANG MEMBAWA KEMAKSIATAN KPD ALLAH..
dan taat kpd pemimpin berbeza dgn ketaatan kpd Allah..krn kepada Allah konsep taat dan patuh itu datang bersama..namun ketaatan kpd manusia atau pemimpin kita..tidaklah ad konsep patuh secara total kpd mereka..maksdnya..jgnlah manusia ini disanjung2..diagung2kan..disembah2 mahupun disujud2..krn total kepatuhan dan ketaatan hanyalah milikNya..
saya..?
pasti dan konfim 100% sye tdk taat kpd pemimpin yg zalim..
yg tak sayang,tak taat,tak patuh kepada Allah dan tidak menjunjung risalah Rasulullah..
:)
Last round
Jadi..sekadar inilah perkongsian sye..ap yg sye dpt ni mgkin sye tdk bicarakn secara syumul..krn bukanlah sye pakar agama mahupun alim ulma’ yg lebih hebat membicarakan soal ini..
Tp spt selalu..konsep yg selalu sy guna pakai adlh perkongsian bersama..
Sye fikir..mngkin sedikt ap yg sye dapat,,tp biarlah semua sama merasa..kan..?
Maka yer..bagi menutup yer perkongsian ini yer.. (ala dr fadzilah kamsah)
Jadilah pemimpin yg adil..bijaksana bijaksini dan plg penting..
IKTIRAFLAH al-Quran dan Sunnah sbg rujukan segala perkara..
Jgn kte membelakangkan Allah..
Kite mentadbir org mungkin kite rasa kite besar
TP ALLAHUAKBAR..Allah maha besar..lebih besar nk bnding dgn kerdil kita ni..
Jadi..bila berada di atas..di awan yang biru..memandang langit yg indah..
Jangan lupakan rumput di bumi..pandanglah d tempat kakimu terjejak..
Itulah realiti..
risau dan bimbanglah apabila mendapat amanah..
BUKAN BERSERONOK DAN BERBANGGA dgnNya
Jadilah ulil amri yang mendapat keredhaan Nya..!
Jangan ambil tanggungjawab kalau ianya akan menzalimi org lain!
"Ya Tuhan kami janganlah engkau hukum kami jika kami lupa. atau kami tersalah.
Ya Tuhan' kami jangahlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat
sebagaimana engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami.
Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya.
Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami.
Engkau penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. "
wallahua'lam..