Allah ciptakan air mata bkn utk suka2..

Wednesday, August 11, 2010


diam tidak beerti beralah 
lembut tidak beerti murah..
menangis tidak beerti lemah...

AIR MATA hanya layak dedikasinya kepada Allah..
walaupun sekecil-kecil perkara..
jua itulah dikatakan fitrah sang wanita..
apakah salah pabila menterjemah rasa yg ada kpd Sang Pencipta..

mgkin..
disebalik sayupnya hati terhadap sesuatu,
dedifinisikan dan direfleksikn kepada diri sendiri..

"yaAllah..
mungkin kerja ini tersekat kemudahan kerana dosaku padaMU dulu..."

dan apabila kita menangisi sbb itu..
atau sekiranya..
kita mngangisi kesedihan lain yg melanda..
apakah lemah kita..?


ALKISAH CERITERA AIR MATA SEORG IBU

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:
"
Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.
"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

DISEBALIK AIR MATA YG MENITIS

Dalam Islam, menangis merupakan salah satu bentuk pengakuan terhadap kebenaran. Dalam Al Quran dikatakan bahwa “Dan apabila mereka mendengar apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Quran) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata, ‘Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Quran dan kenabian Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam). (QS. Al-Maidah ayat 83). 

Rasulullah saw dan para sahabat benar-benar memahami dan merasakan getaran-getaran keimanan dalam jiwa mereka. Kelembutan hati mengantarkan mereka kepada derajat tertinggi sebagai hamba Allah Subhanahu Wata’ala. Suatu ketika Abdullah bin Umar berjalan di hadapan sebuah rumah yang penghuninya sedang membaca Al Quran. Ketika sampai pada ayat Al Quran yang tafsirnya,” …(yaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam?” (Al-Muthaffifiin ayat 6), pada masa itu juga beliau diam berdiri tegak dan merasakan betapa dirinya seakan-akan sedang menghadap Tuhannya. Kemudian beliau menangis. Abu Bakar digelari oleh putrinya Ummul Mukminin Aisyah RA sebagai Rojulun Hakiy (orang yang senantiasa menangis). Beliau sangat sering menangis, dadanya bergolak ketika shalat bersama rasulullah karena mendengar ayat-ayat Al Quran. Begitulah para sahabat dan pengikut Nabi banyak mencucurkan air mata karena meyakini kebenaran yang dibawa Rasulullah saw. 

Menangis akan sulit jika hati dalam keadaan tidak peka. Tak mudah menemukan air mata, ketika berdoa sendirian bila hati tidak lembut. Pada masa ketika kehidupan diliputi gemerlap dunia, seorang mukmin harus senantiaa menjaga diri dan hatinya. Menjaga kelembutan dan kepekaan jiwanya. Menangis merupakan hal positif jika merupakan refleksi dari kesadaran. Sadar akan kelemahan-kelemahan dirinya ketika tiada lagi yang sanggup menolongnya melainkan hanya Allah. Sadar bahwa hanya Allahlah tempat bergantung. Kesadaran yang menimbulkan kerendahan hati dan membawa manfaat dunia dan akhirat. Di antara tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan pada hari di mana tiada naungan kecuali naungan Allah adalah orang yang berdoa kepada Rabb-nya dalam kesendirian kemudian dia meneteskan air mata. Air mata juga bisa menjadi penawar duka, ketika rasa sedih menyempitkan perasaan dan menyesakkan dada. Namun, setetes air mata kerana takut pada Allah akan jauh memiliki keindahan.


Penghuni surga ialah mereka yang sering menangis di dunia karena Allah. Manusia senantiasa berada dalam dua tangisan yaitu tangisan karena Allah dan tangisan bukan karena Allah. Tangisan pertama adalah tangisan yang disukai Allah, sedangkan yang kedua meski dapat mengurangi beban perasaan namun tidak bernilai ibadah. Wahai para wanita, menangislah seperti Saidina Umar yang selalu berkata pada dirinya sendiri,”Jika kiranya semua manusia ke dalam surga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu.” Menangislah di kala membaca Al Quran, menagislah di kala berdoa di sepertiga malam terakhir, tangisilah kekurangan dan kelemahan diri..
jadi menangislah..Kerna mengenangkan dosa-dosamu kpd Ya Rabb..dan menangislah..jika itu penambah kekuatan apbila kau tangiskn ia kepadaNya..
 dan ketahuilahh..tangis air mata itu bukan berhak hanya dari sang hawa..
jua bukan dri anak2 kecil
maka..menangislah kamu kepada ya Khaliq!
~wassalam alaik~




umat Islam terpedaya lagi..??

Sunday, August 8, 2010


Bismillahirrahmanirrahim..
salam a'laik semua..
"satu persatu kita terpedaya lagi"
isu tesco dgn ayam yg tdak disembelih...
isu colgate bercampur lemak khinzir...
isu coca cola..
isu roti high 5....
tak cukup dgn tu..kni tambah lg satu dalam list di atas..
SAHABAT2...
di London, pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.
Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.
Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya
mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.
Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.
Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.
Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.
Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi
ya Allah...ya Rabb...lindungilah kami...dari ape yg masuk ke dalam jasad kami..tidaklah kami mahu wlpn sedikitpun benda haram mengalir ke dalam darah daging kami..
Nau'zubillah..
mari ambil iktibar..sudah byk kes2 begini berlaku..kte terus terpedaya..
FIKIR shbt2 sekalian..
jgn benarkan bdn kta dimasuki bnda haram..
bayangkan sahabat2...bayangkan..!!ape kesannya jika kita makan benda haram..
HATI kite susah dibentuk..Allah...mcm mne kte nk beribadah kpd Allah kalu hati tak bersih..
pabila ibadah pon terkesan, sahabat2...mcm mna dgn amalan lain..doa kite..
apatah lg kalu diajak mahu BERPERANG berjuang di gaza..
lemahnya kita..
Rasulullah bersabda :-
hadis yang diriwayatkan Abu Muslim dari Abu Hurairah: "Di antara nilai hukum yang diisyaratkan ialah peri mustahaknya makanan yang halal bagi orang yang beriman dalam hubungannya dengan ibadat dan doanya kerana untuk penyempurnaannya tidak sahaja dikehendaki kepada kebaikan apa yang dikerjakannya tetapi memerlukan pula kepada halal makanan dan pakaian yang digunakan setiap hari."
kemudian ditambah lg dgn satu hadis lain..
Rasulullah SAW bersabda kepada Saad bin Abi Waqas yang meminta Baginda bermohon kepada Allah supaya doanya diterima: "Hai Saad, baguskanlah makanan engkau. Nescaya engkau adalah orang yang diperkenankan permintaannya dan demi diri Muhammad di tangannya sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan (menyuapkan) makanan ke perutnya tiada diterima Allah daripada amalnya 40 hari dan mana-mana hamba yang tumbuh dagingnya dari benda yang haram maka api neraka lebih layak dengannya."
jd moga dijauhkan perkara begini berlaku lagi..
ingat..ini bukan sahaja persoalan makan dan minum kite..
ini persoalan HALAL DAN HARAM..
moga kita peka dlm hal2 begini..
mari tggalkan perkara haram dan elakkan perkara syubhah..
JOM SEMUA......:-
*utamakan barangan buatan org melayu kte..eg HPA..byk faedahnya shbt2..
*jgn terlalu bersenang lenang pilih dan beli makanan..perhatikan logo..kadang2 kte pon terlepas pandang kan..?
*elakkan dari memilih mknn antarabangsa yg tidak jelas status ke'halal'annya..
mari ikhtiar,applikasikan solusi..
makanan yg baik melhirkan hati yg baik..!
ingat.................
HALALAN THOYYIBAH...=)
P/S : jom click cni
~Wallahua'lam~


ya Allah..kuatkan aku..!

Wednesday, August 4, 2010
Allah...
aku dah pilih perjuangan ini..
perjuangan ini yang hakiki...
kuatkan aku ya Allah..
tiupkan api semgat dan keberanian ke dalam diri aku ya Allah..
ujian ini aku redha dan pasrah..
ko lebih mgetahui ap yg terbaik untukku..
mgkin ini mehnah seorg pejuang agamamu..!

Sahabat..
ana doakan entum sume dirahmati Allah..
ana bersyukur ad nye entum sume..
harap entum brsame ana dlm perjuangan yg hakiki ni..
perjuangan itu bkn mudah kan..
tkde entum..hilang kekuatan ana...

kpd mereka..
teruskan berkate2..
demi Allah ana tk takot..
wlpn ana hnya seorg hawa..
jgn pdg rendah pd perjuangan ana..!
ana tdk mncari keredhaan manusia yg mentaati kemaksiatan..
ana memburu keredhaan ilahi..
fahimtum..?

ya Allah..aku bersyukur diuji begini..
Kuatkan aku ya Allah...!
moga aku ISTIQAMAH..

Allahuakbar...