sbnrnye lme dah nk kongsi bersame pasal bnde ni..sbb byk dah soalan ni diajukan..tp ad jgk konfiden letak hukum tnpa huraian yg tepat..jd sekadar ilmu yg tlh dicari,,nk la berkongsi dgn shbt2 sekalian..
sbnrnye bole ke kte pkai perfume yg mengandungi alkohol,,tmbh2 plak nk bwk g solat..sah ker..?rmai yg konfius,,tmasokla ana sblom2 ni yg tk brpe yakin dlm mmberi penerangan..jadi nk mntapkan lg ilmu yg ada ni sbgai persediaan d mase2 hdpn,ana pon smlm ade terbuka pd laman uztaz zaharuddin.net yg mengulas psl topik ni dgn jelasnya..
ulasan beliau adlh spt berikut :-
1) Hukumnya Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis. Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :
"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90).
Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:
"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "
Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut
"Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"
Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.
1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.
2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"
3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);
4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).
Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol"yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain(maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk.
Jadi, itula die huraian yg diberikan oleh beliau pasal minyak wangi yg ad alkohol ni..harap sahabat2 sume jelas tntng isu ni..Bukan ape, jgnkan kte nnti salah meletakkn hukum sbb sblm ni pon ad yg prnah argue dgn ana psl bnde ni..insyaAllah,,ilmu yg kte bru dpt ni sme2 manfaatkn dgn mnyebarkn kpd sahabat2 handai kte..jd, lps ni leh la yakin sket nk beli perfume..cume! lately ni ad info(tk rasmi) ad perfume dari barat yg terdapat di dlmnya 'lard' atau babi di dlmnya. Hati2 wahai muslimin dan muslimat! kalu btol, penggunaannya adlh DIHARAMKAN dan TAK SAH solat kita..
0 comments:
Post a Comment