Fikir2kan...Renung2kan...ep 2

Saturday, November 21, 2009
Bismillahirrahmanirrahim

Orang yang busuk hatinya adalah org yg sering memandang kelemahan dan berprasangka buruk terhadap sahabat, teman dan masyarakat di sekelilingnya tanpa membuat apa2 ikhtiar keimanan yang bertujuan keinsafan
.


Manusia hari ini suka bersangka-sangka

Ada sangkaan baik...

Ada sangkaan buruk



Orang beribadah

disangka riak

Orang yang relax

disangka malas

Orang yang pakai baju baru

disangka menunjuk



Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sikit disangka kedekut



Orang baik

disangka buruk

Orang buruk

disangka baik

Orang senyum

disangka mengejek



Orang masam

disangka merajuk

Orang bermuzakarah

disangka mengumpat

Orang diam

disangka sombong



Orang menawan

disangka pakai susuk

Orang nampak ceria

disangka membela



mana tahu

yang diam itu

kerana

berzikir kepada Allah



mana tahu

yang senyum itu

kerana

bersedekah



mana tahu

yang masam itu

kerana

mengenangkan dosa



mana tahu

yang menawan itu

kerana

bersih hati dan mindanya



mana tahu

yang ceria itu

kerana

cergas cerdasnya



Jauhi sikap suka bersangka-sangka

kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya

kayu dimakan api…



Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan

yang boleh kita buat.

Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.



“Tegakkan Islam dalam diri kamu.. nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu”

Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna.




Always Trust to Allah...



Wallahua'lam

1 comments:

Asyraf Azni said...

wah,,,I like,,,hehehe..

Post a Comment