di sebalik kesedihan..

Tuesday, December 25, 2012
Bismillahirrahmanirrahim
Memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi..salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad, keluarga dan sahabat baginda

lebih seminggu arwah meninggalkan kami..
alhamdulillah..
kami cuba mencari kekuatan setelah melalui minggu terakhir dgn penuh kesukaran sebenarnya..

sukar..payah..Allah sahaja yg tahu..apabila duduk di rumah ni..
terbayang arwah di mana2..
inilah pertama kali ak kehilangan org yg paling rapat dlm hidupku..meskipun tiada pertalian keluarga..
perit ya Allah..

KONSEP REDHA.
betapa mudah untuk dihadami..
tetapi hakikat memahami tidak semudah aplikasi..
sbb itulah ak masih cuba utk cekal bersama2 sahbt2 lain di sini..kami tak kuat..sungguh..ak dpt rasa semua org dsni bertahan..
tp.. sbb diri ini melihat wajah kesabaran shbt2 membuatkanku mahu tetap terus dan tetap bertahan,,
aku syukuri nikmat shbt2 yg Kau kurniakan ini ya Allah..
aku mungkin xdpt melakukannya tnpa shbt2 juga..

kenduri tahlil 3 hari berturut2+presentation proposal+assignment+testsss+demam+batuk+ tiada suara..
minggu yg begitu tough dan kritikal..
alhamdulillah..Allah mudahkan beberapa perkara dan Allah beri kekuatan utk yg lainnya..
syukur..wlpn masing2 melalui minggu yg sukar..namun hari ini, ak dpt mendengar shbt2 sudah mampu tersenyum dan ketawa di rumah ini..teratak ini kembali ceria..
masing2 sudah kembali kuat dan brsemangat meneruskan perjuangan yg ditinggalkan arwah..
Allah maha besar..aku bahagia..

dan sungguh..kebahagiaan ini bertambah..
seusai diri ini mnunaikan solat maghrib di masjid td..

mak cik yg selalu berjemaah brsama kami d masjid tegur aku dan kak zahra'

"mak cik mimpi arwah..mak cik nampak arwah pakai telekung solat..telekung arwah putih sangat..mcm telekung baru.." mak cik tepuk bahuku dan berkata "jgn risau dik,inshaAllah arwah dalam keadaan baik"

Allah..kebahagiaan yang tidak tertanggung! tangisan kesyukuran menyusul sejurus mndgr perkhabaran ini..

aku bahagia meskipun diri ini begitu menggunung merindui arwah, tiada lg rezeki utk berjumpa di mimpi, ak bahagia menerima perkhabran akn mimpi mak cik ini..terima kasih ya Allah..

ya Allah..moga arwah tenang bertemuMu..
aku amat merinduinya..terlalu.
moga titipan al fatihah yg ak bacakan tidak terhalang sampai kepada arwah..
ampunkan dosa hambaMu ini ya Allah..
moga ada rezeki, ak mahu bertemu arwah d dlm mimpi..inshaAllah biiznillah..

~shbt, mohon 3minit antum semua kita bacakan dan sedekahkan AL FATIHAH kpd arwah nur nusrah bt abd aziz~


amin..

p/s: terkenang arwah ketika musim study week masing2 study mcm zombie! :)


kenangan di atas kehilangan.

Sunday, December 16, 2012

salamualaikum :)

"saya dtg bk beraya!!hehehe

-kabare ya habibati ukhti?
-harapnya sihat2 selalu
-doaku agar dikau sentiasa berada di dalam rahmat ilahi sentiasa, terutama didlm bulan yg mulia ini
-berada di fasa yg terakhir, semoga amalan kita lebih bertambah dan meningkat (jgn ingat bjuraya je :p)
-dan kesempatan ini akak juga mohon segala kemaafan & kekurangan apa shj kepada awak..huhuhu
-moga pnjang umur kita ketemu lagi~~
-akhir kata ; slmt berpuasa & berhari raya.

kad yg sepatutnya diberikan kpdku pd raya yg lepas..
tetapi dijumpai di rumah nya..di biliknya..di johor setelah shbt lain mgemas brg2 nya..
akhirnya, kad ini smpai jua ke tgnku,


NUR NUSRAH BT ABD AZIZ.

dialah sahabat.
dialah partner memasakku.
dialah kakak.
dan dialah umi..

"budak2 zaman sekarang, nakal MACAM KHAIRUNNADIAH!! hehe"


Allahurabbi..byk kenanganku bersama dgn umi..hampir setahun hidup sebumbung dgn arwah..

"kite main2 pggilan nak..?kak ain jadi adik, farhah jadi baby, kak syu jadi nenek dan awak..awak jadi abang..hehehe"

umi..

akhirnya umi dijemput ilahi pada 15/12/2012..

eksiden.
sebak.kerana eksiden berlaku d tempat yg sama diri ini eksiden pd awal sem haritu..

"dikyun, jaga diri dikyun,umi susah hati sangat tgk keadaan dikyun lepas eksiden pg td"

kakak..Allah menjemputmu pada hari ini..
kakak..betapa sukar diri ini dan shbat lain menerima hakikat ini hanya Allah yg tahu..
kakak..betapa saat ini aku sgt3 merinduimu hanya Allah yg tahu..
kakak..betapa aku mencintaimu dan mengasihimu hanya Allah yg tahu..
kakak..betapa aku mencemburuimu kerana kakak dijemput dalam keadaan menginfaqkan diri dijalan Allah hanyasanya DIA YG MAHA TAHU..

org yg beriman..hidup dan matinya memudahkan urusan org lain..
dan alhamdulillah..suasana redup mengiringi kami dan urusan pengebumian..
begitu senang dan mudah urusan itu diselesaikan..

kakak..moga tenanglah dirimu disana..

walaupun sukar..
walaupun payah..
walau hati tetap menangis..

aku relakan dan aku redho pemergianmu..

buat si ibu..aku kagum dgn ketabahanmu,.sungguh kau wanita hebat..
di saat  kami smua bersedih, mengalirkan air mata menzahirkan kesedihan, kau sgt tabah dan tenang duduk di kerusi roda itu sepanjang menunggu perkhabaran anakmu..
walau hari ini kau kalah jua dgn meluahkan kesedihan dan air mata itu di hadapan kami ketika di johor..
tetapi ketahuilah ibu..telah byk kau hadapi kehilangan, dan kau tetap tenang dan redho mghadapi kehilangan satu2nya ank prempuanmu..
ibu..moga Allah sentiasa menjagamu..

"mak cik..kami pulang dulu yer, inshaAllah ada rezeki kami akan datang sni melawat makcik.."

menahan sebak..ibu menjawab :-

"BUKAN MAK CIK, TETAPI IBU..
panggillah mak cik IBU..mak cik dah xda anak perempuan..jadilah anak perempuan mak cik.."

ya Allah..berderai laju air mata ini mengalir..ibu..
kami akan dtg lagi utk melawat ibu..inshaAllah..

kakak..aku mencintaimu.aku mengasihimu
aku tahu benar kau mahu kami di teratak baitul sumaiyah ini dahulu menjadi kuat utk menguatkan sahabat2 lain..
akanku pastikan itu kakak..

maka..damailah kau berada di alam sana wahai tentera Allah...
perjuangan mu akan kami teruskan..
kerana..

kami jua mahukan syahid sprti mu kakak.
INSHAALLAH!


"dikyun ni nakal la..dikyun kene matang tau..nnt umi dah xde n kakak2 lain xde dah kat rumah ni sem depan"

belum sempat tiba waktu yg dijanjikan..kau pergi dulu meninggalkan ku..
oleh itu..ak jua akan mulai langkah pertama memenuhi pesananmu..

ini haq yg aknku tunaikan.
atas nama UKHWAH ISLAMIYAH.
:)

AL FATIHAH.