Yang Silih Berganti

Tuesday, February 12, 2013
Bismillahirrahmanirrahim
Memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi..salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad, keluarga dan sahabat baginda


12 Februari.
genap 64 tahun pemergian sang mujahid islam.
IMAM HASSAN AL BANNA.
begitu besar jasa mu terhadap perjuangan haraki ini..
pemikiranmu membentuk pemikiran ku hari ini.
bersemadilah kau dgn tenang di Sana.



dan 12 februari.
lahirnya juga insan2 hebat ini.
IMAM MUDA ASYRAF dan UST AZHAR IDRUS.
ikon kontemporari.
masih terus menerus berdakwah kepada ummah.
menyeru mereka kembali kepada fitrah..
moga thabat dlm medan ini!


betapa hebatnya mereka
sesungguhnya maha HEBAT lagi Mu ya Khaliq.
maha menciptakan yang meminjam insan2 murabbi ini kepada ummah..

TERIMA KASIH ALLAH.

p/s : walau 12 februari hanya kiraan tarikh masihi..namunku tidak menafikan hari ini utk mengingati insan2 hebat ini.


~SEDIKIT YANG MENGINGATKAN LEBIH BAIK DARI BYK YG MELALAIKAN~

sabarlah wahai sahabat

Monday, February 11, 2013

Bismillahirrahmanirrahim
Memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi..salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad, keluarga dan sahabat baginda

DUGAAN.
inilah rencah dunia..
merupakan haq Allah kepada hambaNya..

wahai sahabat2 yg amat aku kasihi..
bertabahlah atas dugaan ini..
inshaAllah kita tempuh bersama..
jika benar ukhwah itu ada kuasa..
maka kita tidak akan penat dan lelah utk bantu sahabat yg kesusahan..

dan,,
berbahagialah sahabat..
sesungguhnya Allah mahu mengangkat darjat kamu apabila diuji sedimikian rupa..

hebat kamu sahabat.hebat!
diuji dengan ujian sebegitu sudah sekian lama.
namun terlihatnya kepada kami semua bagai biasa sahaja.
seperti dugaan tersebut tidak pernah menyapa..
muhasabah atas diri ini..
rupanya belum cukup diri ini cakna akan sahabat..
setelah mengetahui, astaghfirullah..begitu banyak haq yg sepatutnya ku tunaikan..
betapa lemah sbnrnya iman ini..
sekiranya diri ini menggantikan tempat sahabat..
belum tentu aku setabah dan sekuat sepertimu..

"ORANG YANG HEBAT DATANG BERSAMANYA DUGAAN YG HEBAT."

maka berbahagialah sahabat..
darjat kamu pasti tinggi disisi Allah!!
sekiranya kamu redha.
sekiranya kamu berserah hanya padaNya.

with the power of ukhwah..
DOA untuk kamu pasti kan ku panjatkan..
memohon moga Allah tambahkan kekuatan..
agar kamu dan kita semua tetap terus menggalas perjuangan..

AMIN.

Dunia Hitam Putih

Friday, February 8, 2013

Bismillahirrahmanirrahim
Memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi..salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad, keluarga dan sahabat baginda



alhamdulillah..
masuk hari ni dah 2 minggu sye berpraktikal di mahkamah majistret/sesyen selayang..
dan selama itu jgklah sye "berhitam putih" setiap hari..

ape je buat??
1. pagi lapor diri. jumpe pn azizah "assalamualaikum dan selamat pagi puan". *mujur tak kawad je
(kalau ari isnin siap ad morning assembly)*ok tlgla jeles.
2. masuk court majistret utk sebutan kes jenayah
3. masuk court sesyen utk kes sivil dan juvana
4. consultation dengan tuan isa(hakim majistret) *ok muke beliau mcm matlutfi.siyes xtipu.

laa..tu je?xboring ke hari2 mcm tu??

soalan yang ditnya sahabat..

hmm..
ikutkan begitulah rutinnya setiap hari..bagi yg tidak merasa mungkin akan kate rutin tu sangat boring..

ya. FAKTA DIAKUI. *bahasa mhkamah

ada kalanya mmg xda arah and bosan jugak..
tp kalau dicari, dicungkil, digali.. sebenarnya banyak hikmah yg sye dapat belajar spjg 2 minggu ni..

tiap hari kes disebut dan ad yang dibicarakan..kebanyakannya kes dadah, kes curi, ad kes cabul, ad juga sebutan kes bunuh baru2 ni..sbnrnya bila sye terdedah dgn perkara2 begini, begitu byk sisi dan dimensi kehidupan dari bermacam2 org sye dapat tahu..dan ini cukup memuhasabahkan diri sye sbnrnya..

jurubahasa mahkamah : " fakta kes diakui tuan"

majistret : "mahkamah membuka rayuan sekarang"

OKT(org kena tuduh) : "tuan, mohon diringankan hukuman tuan, sye ade isteri yang sarat mengandung 7 bulan, anak dua org masih kecil dan bersekolah, sye blum ad kerja lagi dan sye bru shj keluar penjara"

majistret :" mahkamah mendapati kamu bersalah dan kamu disabitkan kesalahan seperti dalam pertuduhan , oleh itu kamu dihukum penjara selama....dan denda sebanyak RM...."


dialog yg acapkali didengar..ad pula tikanya yang bawa keluarga, ayah yang sakit, mak dtg tgk anak dalam kandang pesalah..sebak tgk..beginilah rencah masyarakat..di mata masyarakat mudah dilabel mereka ini pesalah,penjenayah bahkan sampah masyarakat..tp disebalik perbuatan mereka,ad yang punyai asbab sendiri..bukan lah mahu menyebelahi..sekadar memerhati hakikatnya bukan mudah kehidupan ini ..!

tapi Allah berfirman..
"la yukallifullah hu nafsan illa wusa'ha"
: tidak Allah membebani hambanya melainkan sesuai dengan kemampuanyya
(al-Baqarah : 286)


 "sye mencuri kerana hidup susah..."

hakikinya, sengaja Allah beri kesusahan kepada sesetngah hambaNya yg terpilih..untuk kita berusaha mengatasi kesusahan itu...untuk menguji cukup kuatkah ikhtiar dan penggantungan kita kepada Allahu ar-Razak..Allah yang maha memberi dan mengurniakan rezeki., meski 'syarat wajib' kurniaan rezeki bukan semata pada pekerjaan, tp sengaja Allah mahu kita berusaha sejauh mana kita memakmurkan seluruh terbentang alam ciptaanNya ini utk mencari sumber rezeki bg kita menmpung kehidupan kita.jika cukup dan syukur sekadarnya, maka Allah akan tambah rezeki kita. tapi, rasa hambakah kita kepadaNya? atau kita merasa hamba kepada harta semata? sbb itulah, kita tidak yakin dan beriman dengat ayatullah, maka kita terus melakukan jenayah tanpa memikirkan natijahnya..pada keluarga,pada diri sendiri, pada agama terutamanya..

so nyer, jgnlah jadikan kesusahan sbg asbab utk terdorong melakukan jenayah..

"wahai org2 yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. 
sesungguhnya Allah bersama org2 yg sabar"
(al-Baqarah :153)

sabarlah dan solatlah...

bumi Allah cukup luas!!jadilah khalifah pemakmur bumi Allah!

sesak.susah.sukar.sempit.sengsara.
bukan jenayah jawapannya tapi bagaimana pergantungan kita..
andai benar kesusahan itu terus menerus menghimpit nafsi kita..
ingatlah jika kita bersabar, pasti kekayaan menanti di akhirat sana..


inshaAllah, sye akan cuba berkongsi tentang ap yg sye dpt melalui kes2 yang sye dgr spjg sye berpraktikal..
untuk manfaat bersama :D

#LESSON 1 : BACA BISMILLAH DAN DOA SEBELUM MASUK COURT UTK MENJATUHKAN HUKUMAN
by Tuan Isa

wallahua'lam.